Memiliki aset hartanah sendiri adalah impian bagi setiap individu. Ini kerana, ia adalah aset yang semakin bernilai dari hari demi hari, tidak seperti kebanyakan aset lain yang semakin susut harganya.
Akan tetapi, kadangkala keghairahan kita untuk memiliki aset ini menyebabkan kita mudah tewas kepada tawaran-tawaran menarik yang dihidangkan kepada kita.
Bagaimanapun, tawaran menarik itu perlu dinilai dan dikaji terlebih dahulu kerana tawaran yang ‘terlampau menarik’ biasanya berisiko untuk mempunyai unsur-unsur penipuan atau scam.
Oleh itu, pihak Hartabumi baru-baru ini telah berkongsikan tiga(3) jenis scam hartanah yang perlu kita elakkan.
1. Skim Hartanah Banglo Murah

Skim hartanah ini secara asasnya menawarkan harga banglo yang tidak masuk akal dan jauh lebih murah dari harga pasaran. Jika ada yang menawarkannya kepada anda, adalah sangat dinasihatkan untuk anda tidak terpengaruh kepadanya.
2. Skim Beli Tanah Banglo Pecah Lot

Kebelakangan ini, ramai yang memilih untuk membeli tanah lot banglo untuk mendirikan rumah berbanding membeli banglo yang sudah siap dibina. Ia pada hakikatnya tiada sebarang masalah, namun dek kerana pengendalinya kurang ilmu dalam proses akhirnya ia berubah menjadi scam.
3. Guarantee Rental Return(GRR)

Siapa yang tidak suka jika dijanjikan keuntungan sehingga 20% setiap bulan? Namun, jika tidak berjaga-jaga, anda mungkin akan rugi besar selepas itu.

Ya, tiada siapa yang boleh menjamin keuntungan setiap bulan dalam bidang hartanah. Oleh itu, jika kita dijanjikan dengan jaminan keuntungan secara bulanan, hati-hati dan rujuklah kepada pakar atau penasihat hartanah.
Sumber: Twitter Hartabumi