Siakap Keli
Gambar: Nur Syahirah Yaakub

(Video)”Ada Sebab Kita Tak Seperti Mereka” Wanita Kongsi Pengalaman Tak Disangka Di Rumah Terbuka dUCk

Apabila terdengar jenama dUCk, pasti kita terbayangkan tudung mewah dengan harga minimum RM 100 dan ke atas. Selain itu, jenama ini turut mengeluarkan rangkaian aksesori, set mekap dan alat tulis.

Pengasas produk, Datin Vivy Sofinas Yusof baru-baru ini telah mengadakan rumah terbuka bagi meraikan peminat-peminat setianya yang sentiasa memberi sokongan kepada rangkaian jenama tersebut.

Seorang peminat, Nur Syahirah Yaakub yang menghadiri rumah terbuka tersebut telah berkongsi pengalamannya yang menjentik fikiran. Berikut adalah perkongsiannya.

Semalam, aku ke majlis rumah terbuka dUCk di Majestic Hotel. Sekejap je majlis pun 3 jam. Kalau biasanya ke majlis rumah terbuka ni kita akan fokus pada makanan, tapi mata aku pula fokus kepada tuan rumah dan tetamu VVIP dia. Apa yang aku nampak :

Seorang Vivy Yusof yang berdiri selama 4 jam hanya untuk sesi bergambar walaupun majlis sepatutnya 3 jam sahaja (12.00 tengah hari – 3.00 petang). Vivy keluar sekejap dalam 15 minit, tu pun untuk hantar Dato’ Siti Nurhaliza yang dah nak balik, lepas tu dia masuk balik terus sambung ambil gambar. Majlis rumah terbuka dia, tapi rasanya secubit ketupat pun dia tak sempat rasa.

Seorang Mariam (anak Vivy) yang main seorang dia je ditemani bibik dekat sebelah sambil mak dia pulak kat depan tu tak sempat langsung tengok dia dalam 4 jam tu.

Seorang Dato’ K yang masuk berdua dengan Dato’ Siti Nurhaliza ke dalam dewan tapi dalam masa 60 saat, terus bersendirian sebab isteri dia dah selamat kena serbu dengan peminat. Aku tengok macam kesian ada, comel pun ada (refer video terakhir dalam post ni), tapi rasanya dia dah biasa kot. Dah namanya suami Siti Nurhaliza, kalau suami Siti Sifir, mungkin lain cerita.

Sebab tu bila aku baca orang kata :

“Handbag dia tu je sebulan gaji aku. Amboi kasut dia tu, tak ada yang ratus-ratus. Ribu-ribu semua. Baik pakai yang biasa, sama jugak. Duit lebih baik sedekah.”

Syahirah berpendapat, kita tak tahu pun jika mereka bersedekah atau tidak.

Entah-entah dia sedekah lebih banyak daripada harga handbag kasut dia tu.

Kita selalu tengok sisi terbaik seseorang tu. Yang ‘behind the scene’ macam mana individu tersebut bangunkan semua tu, masa dengan keluarga yang dia terpaksa korbankan, kesayangan ada dekat sebelah pun terpaksa diabaikan, kita tak tengok pulak.

Tak semua orang mampu

Tak semua orang mampu berdiri straight 4 jam macam tu untuk ambik gambar. Penat oi. Sebab tu dia jadi Vivy Yusof. Kalau orang lain, cukup 2 jam, dari nak jadi Vivy Yusof terus bertukar jadi John Wick agaknya.

Tak semua budak mampu main sorang-sorang dan sikit tak kacau orang macam Mariam (video second last). Berapa ramai budak yang mak hilang sekejap dah tantrum dan meragam? It takes a lot of effort and courage for the kids to understand why mommy can’t be there to play with you eventhough mommy is just few steps away. Benda macam ni memang meruntun jiwa mak-mak macam aku.

Dan tak semua suami jugak bagi aku mampu jadi seorang yang sangat memahami macam Dato’ K. Kau kalau bini busy sikit je dah nak emo, nak merajuk, nak hantar confession kat KRT — isteri saya sejak dah mula popular, dia semakin mengabaikan saya, asyik selfie, tak masak, tak itu, tak ini. Sebab tu dia yang jadi suami Siti Nurhaliza, bukan abang misai lain dekat KRT sana tu.

Ada sebab kenapa kita bukan di tempat mereka

Sebab tu aku rasa, ada sebab kenapa kita berada di tempat kita sekarang. Kenapa bukan kita yang kaya? Kenapa bukan kita yang jual apa pun mesti laku dan berjaya? Kenapa gaji kita besar ni, kenapa kita tak glamour macam dia? Kenapa suara kita tak sedap macam Siti Nurhaliza?

Sebab lagi besar rezeki Tuhan bagi, lagi besar cabaran dia sebenarnya. Dan kita masih di tempat kita sebab keupayaan kita mungkin setakat itu sahaja. Tak bermaksud kita tak boleh ubah hidup kita pergi tahap seterusnya, boleh aih. Teruskanlah usaha. Tapi setiap tahap seterusnya yang kita panjat, bersedialah dengan cabaran besar yang menunggu.

Gambar hiasan. (Gambar: Rap Jumping)

Jadi, bersenang hati dan berlapang dada lah tengok kelebihan yang mereka ada. Handbag dia, kasut dia, dan biarlah kalau ada laki sesiapa pun nak beli stroller kat isteri dia sampai RM 3,000 — jangan mengata. Tu kan laki dia, duit laki dia, penat lelah laki dia. Bukan dia kacau rumah tangga dan mintak duit laki kita pun. Kita tumpang gembira sudahlah..

Macam kawan aku cakap — “We dont know how hard for some people to find time just to be together.” Biarlah dia nak happy dengan cara dia. Entah-entah kalau kita berada dekat tempat dia pun, kita pun akan buat benda sama. Kalau kita tak ada benda baik untuk ucap, lebih baik kita diam sahaja.

Jaga mata, jaga lisan, jaga hati

Sebab tu penting kita kena jaga mata kita, jaga lisan kita, jaga hati kita. Jangan benci, jangan dengki. Ni kawan baru berjaya sikit, kita rasa dia riak, kita takmau komen dah post dia, kita unfriend, kita block, kita benci, kita rasa dia sakitkan hati kita. Serba serbi tak kena dengan kawan kita tu. Padahal kawan kita tu elok je buat hal dia, sikit habuk pun dia tak kacau kita.

Jaga mata, jaga lisan, jaga hati.

Ini yang membezakan kenapa Tuhan pilih dia untuk jadi kaya dan berjaya, kenapa Tuhan tak pilih kita.

I am blessed to be there yesterday. Semoga apa yang aku nampak dan lihat di depan mata aku, bagi manfaat dan pengajaran kepada diri aku sendiri.

Sumber: Nur Syahirah Yaakub

Arifah

Banyak benda dalam dunia ni berada di luar pengetahuan kita - lalat hinggap atas kepala sendiri pun kita tak tahu.
So, pause & stop judging everyone we don't know. We might only knew 0.1% of their life.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di