Siakap Keli
Gambar via Video Front Desk

Ibu, Pelajar Dan Guru Akui Kesilapan, Kedua-dua Pihak Akhirnya Berdamai

Permohonan maaf daripada kedua-dua belah pihak telah menyelesaikan kes seorang guru yang merotan seorang pelajar di sebuah sekolah di Johor Bahru. Kes tersebut akhirnya selesai setelah kedua-dua belah pihak membuat permohonan maaf di hadapan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi Johor, Aminolhuda Hassan dan juga Pengarah Pendidikan Negeri Johor Azman Adnan dalam satu pertemuan di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Johor Bahru, kira-kira pukul 2.30 petang tadi.

Pertemuan tersebut adalah hasil daripada pelbagai pihak termasuk Jabatan Pendidikan Negeri yang mengharapkan kes tersebut dapat diselesaikan dengan baik tanpa melibatkan urusan undang-undang.

Aminolhuda berkata dengan penyelesaian itu, beliau berharap semua pihak tidak memanjangkan isu terbabit kerana telah dapat ditangani dengan baik.

Terima kasih kepada PPD Johor Bahru dan pihak sekolah kerana telah cepat mengambil tindakan dengan mengadakan sesi permuafakatan antara yang terlibat yang menghasilkan penarikan balik laporan polis dibuat oleh ibu pelajar dan guru memohon maaf secara terbuka kepada murid dan ibunya atas tindakan berkenaan. 

Selain itu, Aminolhuda juta memberi peringatan kepada pihak sekolah supaya kejadian seperti itu tidak berlaku pada masa akan datang dan dalam masa yang sama mengharapkan pihak pendidik memahami serta menguasai peraturan-peraturan yang sedia ada agar dapat mengawal tindakan mereka.

Kejadian pada Selasa itu dipercayai berlaku apabila pelajar berkenaan, 13, telah menegur guru lelaki dengan ayat “Ah Qua Lao Shi” yang bermaksud “Cikgu Pondan” ketika gurunya lalu di koridor kelas tanpa sebab.

Teguran itu mengakibatkan gurunya sangat marah dan memukul Wong di bahagian kiri tangan dan kaki dengan menggunakan rotan, sebelum satu laporan polis dibuat oleh ibu pelajar berkenaan di Balai Polis Taman Tun Aminah, Skudai, Johor Bahru.

Sumber: Bernama, Front Desk

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa