Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Kerosakan jalan raya sudah menjadi kebiasaan terhadap jalan-jalan terutamanya yang terdapat di laluan-laluan lori dan kenderaan berat yang lain. Oleh itu, kerosakan seperti lubang pada jalan raya sudah pastinya membahayakan keselamatan pengguna jalan raya yang berisiko terlibat dalam kemalangan. Disebabkan risiko tersebut, seorang pakcik tua berbangsa Cina telah bertindak membaiki jalan-jalan yang rosak di salah satu laluan di Johor Bahru.
Tindakan warga tua tersebut telah dikongsikan oleh seorang pemilik akaun Facebook, Mohd Faizal yang melihat perkara semasa melalui jalan tersebut.
Menerusi kiriman tersebut, warga tua tersebut dilihat membawa baldi yang digunakan untuk menurap jalan raya yang berlubang supaya dapat digunakan dengan selamat oleh pengguna terutamanya yang menaiki motosikal. Menerusi kiriman tersebut, rata-rata warganet memuji tindakan warga tua tersebut dan mendoakan kesihatannya.
“Salute Uncle… Semoga Panjang Umur”

“Patutnya ada imbuhan buat uncle ni”

“Macam ni la buat keja yang ikhlas”

“Semoga diberikan kesihatan untuk uncle ni”


Sumber:
Mohd Faizal