Siakap Keli
Foto: San Juan County Sheriff's Office/Independent

Tergamak Ibu Paksa Anak Lihatnya Tembak Dan Rebus Anjing Peliharaan Mereka Sebagai Hukuman

Seorang wanita dari New Mexico telah ditahan polis selepas didakwa melakukan penderaan terhadap anak-anaknya sendiri. Ibu kepada 15 orang anak tersebut dikatakan sering memukul dan mendera anak-anaknya dengan teruk.

Malah, suspek telah melakukan kekejaman terhadap haiwan apabila dilaporkan telah menembak anjing peliharaan anaknya serta merebus anak anjing tersebut hidup-hidup, menurut dokumen mahkamah.

Tidak cukup dengan itu, dia turut telah memaksa anak-anaknya melihat anak anjing itu direbus sebagai hukuman terhadap mereka. Perkara ini telah didedahkan sendiri oleh beberapa orang anaknya kepada pihak polis.

Gambar Hiasan(Foto: ThePetitionSite)

Selain itu, suspek juga dikatakan pernah meracun seekor kucing peliharan mereka. Anak-anaknya yang terdiri daripada lapan lelaki dan tujuh perempuan itu juga mendakwa telah diabaikan serta dibiar kelaparan oleh ibu bapa mereka.

Menurut Pejabat Sherif San Juan, anak-anak suspek tidak dibenarkan untuk bersekolah dan mereka juga diberi amaran supaya bersembunyi dari pekerja sosial.

Laporan sumber turut menyebut bahawa seorang anak perempuan suspek yang berusia 17 tahun turut dipukul dengan peralatan dapur pada hari kejadian.

Suspek telah ditahan atas tuduhan mendera kanak-kanak manakala suaminya yang berusia 57 pula ditahan atas dakwaan menghalang siasatan.

Anak lelaki sulung mereka yang berumur 31 tahun juga ditangkap polis selepas dituduh mengacukan pistol kepada tiga(3) adiknya, namun dia menafikan dakwaan tersebut serta segala tuduhan yang dilemparkan kepada ibu bapanya.

“Ahli keluarga saya adalah orang yang baik. Ibu dan ayah saya pula adalah antara insan paling baik yang boleh anda temui,” katanya kepada sebuah stesen TV tempatan.

Sumber: Independent, HuffPost

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi