Siakap Keli
Foto: East 2 West/Express UK

(Video)Ajal Di Taman Tema, Remaja Maut Buaian Berputar Terhempas Ke Tanah

Mengunjungi taman tema bersama ahli keluarga atau rakan-rakan adalah satu pengalaman yang sangat menyeronokkan. Pelbagai permainan menarik dan menyeramkan tersedia bagi dinikmati oleh para pengunjung.

Akan tetapi, kegembiraan itu bertukar tragedi bagi beberapa pengunjung di sebuah taman tema dekat Uzbekistan baru-baru ini apabila buaian berputar yang dinaiki mereka tercabut dari platformnya sebelum terhempas ke tanah.

Foto: East 2 West/Express UK

Kejadian yang berlaku di bandar Jizzakh itu telah mengakibatkan seorang remaja wanita berusia 19 tahun meninggal dunia. Bagaimanapun, tiada sebarang maklumat mengenai nasib yang menimpa pengunjung lain yang menaiki buaian tersebut dikeluarkan.

Semasa kejadian itu berlaku, buaian berkenaan sedang berhayun laju sambil berputar secara 360 darjah sebelum pemegangnya tiba-tiba tercabut seterusnya jatuh ke tanah dengan kuat.

Satu video mengenai kejadian juga telah dirakam dipercayai oleh seorang pengunjung lain dan telah tular di Internet apabila dikongsikan oleh portal-portal berita antarabangsa.

Namun, sehingga kini, pemilik taman tema berkenaan masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan kejadian serta tindakan yang bakal diambil mereka selepas ini.

 

Sumber: Express UK

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi