Siakap Keli

Insaf Selepas Dikurung Dalam Reban Ayam Kerana Malas, Remaja ‘Bertuah’ Ini Terima Tajaan Belajar ‘Oversea’

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kerana malas ke sekolah, Tengku Muhammad Asyraf Tengku Mamat, 18 pernah dikurung ibubapanya di dalam reban ayam. Walaupun dulu beliau merasakan tindakan ibubapanya itu kejam, kini dia berterima kasih kepada kedua-duanya atas didikan yang diberi.

Benarlah kata orang, kadangkala hukuman diterima suatu ketika dahulu boleh membuatkan kita tertawa pada hari ini di samping menjadi pengajaran yang berguna – selagi tidak mendatangkan kecederaan kekal.

Sementara itu, ada seorang pengguna Twitter lain berkongsi pengalaman yang serupa dengannya.

Kena tarbiah dengan ayam ke?

Asyraf merupakan antara 400 pelajar yang terpilih dalam Program Penajaan Pendidikan Petronas (PESP) untuk menyambung pelajaran dalam bidang kejuruteraan kimia, kejuruteraan mekanikal, geofizik, undang-undang dan kursus lain berkaitan minyak dan gas di UTP serta beberapa universiti luar negara.

Petronas memperuntukkan lebih RM 156 juta untuk membiayai pelajar-pelajar cemerlang SPM 2018 tersebut di beberapa universiti di Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, New Zealand, Kanada, Jepun dan China pada tahun ini.

Salah seorang pelajar, Wan Muhammad Nur Hisyam Wan Zakaria, 18 berkata,

“Saya mengimpikan kerjaya stabil untuk membantu kewangan keluarga, agar ayah tidak perlu lagi berniaga di pasar malam selepas ini.”

Beliau yang bakal belajar di Australia, menanam hasrat itu dan bersyukur terpilih bersama-sama 39 pelajar anak Terengganu lain, menerima tajaan Petronas menerusi Program Penajaan Pendidikan Petronas (PESP) tahun ini.

Bekas pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit yang memperoleh 11A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 itu akan melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan kimia dan mendapat tajaan biasiswa kira-kira RM700,000 daripada Petronas sepanjang lima tahun pengajian.

Anak kelima dari enam beradik itu berkata tajaan pendidikan Petronas itu bagai ‘bulan jatuh ke riba’ memandangkan beliau bukanlah berasal daripada keluarga yang senang.

“Saya bersyukur sangat dengan peluang ini kerana dapat menyambung pelajaran tanpa membebankan ibu bapa dalam soal kewangan. Semuanya dibiayai Petronas. Saya berazam akan memanfaatkan sepenuhnya peluang ini untuk melakar masa depan yang cemerlang,” katanya.

Nor Nadhirah Mohd Nor, 18, yang akan melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Petronas (UTP) pada September ini, tajaan itu akan dimanfaatkan sepenuhnya demi mengejar cita-cita bergelar seorang jurutera.

“Saya tidak mahu ayah turun lagi ke laut menangkap ikan kerana beliau sudah tua. Tiba masanya saya membalas jasa kedua ibu bapa yang banyak berkorban selama ini.

“Saya sangat berterima kasih kepada Petronas kerana dengan tajaan ini, ia membuka satu ruang untuk saya melangkah ke alam baharu yang menjanjikan kegemilangan pada masa depan,” katanya.

Sumber: Tengku Muhammad Asyraf, BERNAMA

Amira

Love yourself.