Siakap Keli

Kenapa Pintu Bilik Air Awam Perlu Tolak Untuk Buka? Ini Jawapannya

Tandas adalah sistem paip yang tujuan utamanya adalah bagi menyingkir bahan buangan manusia, kencing dan bahan najis.  Perkataan tandas menggambarkan mangkuk tersebut dan, terutamanya dalam Inggeris British, bilik yang memiliki mangkuk tandas. Dalam Inggeris Amerika, ini biasanya dikenali sebagai bilik rehat atau bilik air.

Selain tandas di rumah sendiri, tandas awam juga dilengkapi di beberapa kawasan seperti pusat membeli belah, taman permainan, dewan serbaguna dan pelbagai lagi. Namun, setiap kali mengunjungi tandas terutamanya tandas awam, sedarkah anda bahawa pintunya perlu dibuka dari dalam?

Ini bermakna pengguna perlu menolak pintu tandas ke dalam bagi masuk dan juga menarik pintu ke dalam untuk keluar. Perkara ini bukanlah ciptaan secara rawak oleh pekerja yang memasangnya, namun mempunyai sebab-sebab yang tertentu.

Tidak Menghalang Lorong Atau Koridor

Ini merupakan sebab yang paling utama pintu tandas dipasang untuk dibuka secara ke dalam iaitu dengan menolaknya. Pintu yang dibuka ke arah dalam tandas tidak akan mengganggu laluan di lorong ataupun koridor tandas yang boleh menyebabkan perjalanan orang lain terganggu. Sekiranya pintu tandas dibuka secara keluar, pastinya akan menyebabkan ruang laluan tersebut menjadi sempit dalam seketika waktu.

Gambar: Flickr

Aspek Keselamatan

Pintu tandas yang dibuka ke arah dalam sebenarnya dapat menyelamatkan anda daripada terperangkap di dalam tandas tersebut. Perkara ini adalah kerana kunci dan engsel pintu tersebut juga akan dipasang di bahagian dalam pintu.

Selain itu, pintu yang dibuka dengan menolaknya ke dalam juga dapat memastikan keselamatan orang lain terjamin. Sekiranya pintu tersebut ditolak keluar ketika seseorang ingin keluar dari tandas, pintu tersebut berisiko dilanggar oleh orang yang melalui laluan atau koridor tandas tersebut. Ini kerana orang lain tidak mengetahui bila pintu tersebut akan dibuka sekiranya dibuka dari dalam.

Kawalan Bau

Sudah menjadi lumrah bagi tandas untuk mempunyai bau yang kurang menyenangkan. Bagi mengurangkan bau tersebut tersebar ke luar, pintu tandas memainkan peranan yang penting. Sekiranya pintu dibuka ke arah dalam, ianya masih dapat memerangkap bau dan juga mengurangkan udara tidak menyenangkan keluar dengan kadar yang tinggi. Sebaliknya, sekiranya pintu tandas dibuka dengan cara menariknya keluar, ruang yang terdedah akan menjadi lebih luas menyebabkan bau daripada tandas mudah tersebar hingga ke laluan mahupun koridor tandas di luar.

Gambar: Flickr

Privasi Dan Kebersihan

Sudah semestinya jika berada di tandas, privasi merupakan aspek yang sangat penting. Oleh itu, sekiranya pintu tandas dibuka ke arah luar, sudut pemandangan dari luar akan menjadi lebih luas sehingga menyebabkan pengguna tandas berasa tidak selesa. Selain itu, pintu yang dibuka ke arah dalam dengan menolaknya dapat menjaga kebersihan tangan terutamanya. Perkara ini adalah kerana pengguna tidak perlu menyentuh pemegang pintu untuk menolaknya.

Selain daripada alasan-alasan di atas, pintu tandas dibuka ke arah dalam juga disebabkan dapat menjimatkan masa sekiranya seseorang itu terburu-buru ingin menggunakan tandas. Perkara ini adalah kerana perlakuan menolak lebih menjimatkan masa berbanding perlakuan menarik. Walaupun begitu, tidak semua pintu tandas diciptakan sebegitu, namun hadir dalam bentuk yang lain seperti ‘sliding door’.

Sumber: ScienceABC

syafiq halim

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.