Siakap Keli

“Tak Kira Betapa Susahnya Hidup, Kalau Kita Ingat Dia..” Solat Bawah Matahari, Pekerja Sujud Atas Bumbung Tarik Perhatian

Solat merupakan fardhu ain yang diwajibkan ke atas semua umat Islam. Solat yang juga tiang agama mempunyai lima waktu yang perlu dikerjakan sehari semalam mengikut waktu yang tertentu. Solat juga boleh dilakukan di mana-mana tempat yang sesuai asalkan tempat itu bersih. Oleh yang demikian, tiada alasan yang boleh dikemukakan sekiranya tidak menunaikan solat walaupun berada dalam kesibukan bekerja.

Perkara ini jelas digambarkan melalui satu perkongsian yang dibuat oleh seorang warga Singapore menerusi laman Facebook miliknya, Phoebe Olivia yang memaparkan seorang pekerja lelaki menunaikan solat di bahagian atas bumbung sebuah bangunan.

Menerusi gambar berkenaan, seorang lelaki dilihat tetap menunaikan solat walaupun berada di dalam panas terik matahari.

Saya rasakan sangat tersentuh, Saya nampak pekerja ini masih menunaikan solat walaupun dalam cuaca yang panas. Jangan lupa bersyukur setiap masa di dalam kehidupan kita. 

Tindakan lelaki tersebut telah membuktikan bahawa tiada alasan untuk tidak menunaikan ibadah solat walaupun berada dalam kesibukan bekerja. Perkongsian wanita itu dalam laman Facebook miliknya ternyata telah menyentuh hati rata-rata warganet yang turut mendoakan kesejahteraan pekerja tersebut.

“Lepas tengok gambar ni, airmata saya keluar”

“Saya sangat tersentuh dengan gambar ni buatkan saya menangis”

“Tidak kira sukarnya kehidupan, jika kita mengingatiNya, Dia akan ada untuk kita”

Sumber: Phoebe Olivia

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa