Siakap Keli

Kanak-Kanak Tersesat Dibaham Buaya Milik Ayah, Cuma Tinggal Tengkorak

Sepasang ibu bapa yang mencari anak perempuan mereka berusia dua tahun terpaksa menerima hakikat bahawa puteri kecilnya itu telah meninggal dunia dalam keadaan yang sangat tragis. Kejadian yang terjadi di Kemboja ini mengorbankan seorang kanak-kanak apabila dia telah dibaham oleh buaya setelah terjatuh ke dalam kolam milik bapanya itu.

Terdahulu, kanak-kanak perempuan tersebut dilaporkan berjalan keluar rumahnya berhampiran Siem Reap dan tidak lagi kelihatan selepas itu. Bapanya bertindak mencari anak kecil tersebut dan terpaksa menahan sedih setelah mendapati tengkorak anak perempuannya itu berada di dalam kandang buaya miliknya.

https://www.youtube.com/watch?v=u-KBFbig2NI

Menerusi rakaman tersebut, terlihat bapa kepada kanak-kanak yang maut itu telah turun ke kandang buaya itu untuk mengambil tengkorak anaknya yang masih direbut oleh dua ekor buaya. Berdasarkan pemerhatian, hanya tengkorak kanak-kanak tersebut yang telah dijumpai tanpa sebarang bahagian tubuh yang lain.

Menurut Ketua Polis, Kapten Chem Chamnan, kanak-kanak tersebut telah dibunuh oleh buaya dan hanya tinggal tengkorak.

Ayahnya hanya menemui tengkorak anaknya di kandang buaya, di mana dia dibunuh oleh buaya.

Kanak-kanak itu juga dilaporkan telah keluar dari rumah tanpa pengetahuan ibunya yang sibuk menguruskan anak kecil yang baru dilahirkan. Menurut polis, keluarga itu baru sahaja membina pagar konkrit sepanjang kolam setinggi 10 kaki, namun masih tidak sesuai bagi seorang kanak-kanak.

Berikutan kejadian itu, penduduk setempat dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dan juga pengusaha kandang untuk sentiasa mengawasi kawasan tersebut supaya kejadian tersebut tidak berlaku lagi.

Sumber: The Sun, Fun Geek

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa