Siakap Keli

Mudah-Mudahan Perjalanan Pulang Kali Ini Allah Lindungi Ainul Dan Kami Semua – Ayah Ainul

Baru pagi tadi, ibu Ainul Mardiah memuatnaik story di laman Instagramnya menyatakan bahawa hari ini adalah hari terakhir mereka di London. Beliau sekeluarga meluahkan perasaan sayu untuk meninggalkan bumi London dan mengatakan bakal kembali ke sana.

Perkhabaran tersebut nyata menimbulkan rasa teruja di kalangan masyarakat yang sudah tidak sabar menanti kepulangan ‘Buah Hati Malaysia’ ini.

Dan sebentar tadi, Ahmad Safiuddin pula memuatnaik hantaran di laman Facebooknya mendedahkan oerkembangan terkini anak kesayangannya itu.

“Assalamualaikum. Persiapan untuk pulang sedang dibuat. Alhamdulillah, keadaan ainul semakin baik. Namun masih perlu dijaga rapi untuk memastikan ainul sembuh dan kuat.

Pengalaman yang lepas, ainul mendapat infection setelah mengharungi perjalanan yang panjang selama tiga belas jam penerbangan, mudah-mudahan perjalanan pulang kali ini Allah swt melindungi ainul dan kami semua.

InshaAllah, ada rezeki bila ainul dah betul-betul bersedia nanti, ainul boleh berjumpa dengan tuan puan semua.

Buat masa sekarang, disebabkan ainul ini terlalu fragile, doktor minta supaya kurang mendedahkan ainul supaya risiko mendapat infection dapat dikurangkan.

Walaubagaimana pun, kami sangat berbesar hati dan gembira bila dapat pulang ke tanah air. Malaysia adalah tempat ainul!

Terima kasih tuan puan semua kerana mendoakan ainul dan seterusnya mendoakan kami semua.

Kami berharap kepada Tuhan Yang Maha Esa semoga doa doa yang baik itu dikembalikan semula kepada tuan atau puan dan juga keluarga. Amin!”

Sumber: Ahmad Safiuddin

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.