Siakap Keli
Gambar Hiasan

Uncle Kentang Selar Ibu Bapa Yang Asyik Lebihkan Anak-Anak Dan Tak Hormat Guru

Mendidik anak adalah satu perkara wajib oleh ibu bapa. Tida ada seorang ibu atau bapa pun yang mahukam anak-anak mereka membesar menjadi orang yang gagal. Tetapi, baru-baru ini tular kisah seorang ibu didakwa bertindak untuk menyaman guru anaknya kerana memukul anaknya sehingga berbirat.

Sebagai ibu bapa, kita perlu ambil tahu apa yang berlaku di sekolah, janganlah mengharapkan guru sahaja. Kerana anak kita, habis semua terpaksa tanggung masalah. Sering saja kita dengar keluhan seorang guru dengan perangai pelajar sekarang yang semakin melampau. Sebagai ibu bapa, kita harus didik anak dari rumah supaya mereka baik kepada semua orang.

Bila dikenangkan semula zaman dahulu, pelajar begitu memandang tinggi terhadap guru-guru, malah turut tunduk hormat, bertegur sapa, dan memberi salam setiap kali mereka bertembung atau berselisih. Jika fikir dengan logik akal, perkara sebegitu bukannya susah nak buat pun.

Ini yang dikongsikan oleh KuanChee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang yang selar perangai ibu bapa yang lebihkan anak daripada guru. Sesetengah mendakwa guru tidak mendidik anak mereka dengan elok di sekolah. Bila berlaku sesuatu di sekolah, pasti ibu bapa akan salahkan guru.

Saya nekad untuk syorkan dan bantu dana kepada guru guru untuk saman mana mana ibu bapa yang lebih punya. Kalau anak kau tak boleh di jentik, kau bawa anak kau pulang ke rumah dan bawa ke sekolah antarabangsa. 

Jangan bawa ke sekolah kebangsaan. Kalau mau masuk sekolah kebangsaan dan mau tunjuk lagak dan taring kita akan protect cikgu tersebut. Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semanjung Malaysia mestilah lebih lantang bersuara dan mesti mempunyai kekuatan dan peguam-peguam dalaman secara pro bono bantu cikgu untuk saman ibu bapa yang lebih sudu dari kuah.

Saya harap guru-guru semua dapat pembelaan. Kementerian Pelajaran dan Pengarah negeri haruslah beri sokongan kepada guru dan janganlah tunduk lemah bila ada ibu bapa yang langgar guru di sekolah. Kita harus lindungi warga pendidik dan beri yang terbaik demi dunia pendidikan yang cemerlang dan terjamin.

Sumber: Kuan Chee Heng

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.