Siakap Keli
Foto: IG _nrlerwani

”Keadaan Ainul Tak Mengizinkan Naik Kapal”, Akhirnya Ibu Buka Mulut, Kongsi Sebab Kepulangan Ditangguh

Kepulangan ‘bidadari’ kecil, Ainul Mardhiah dari London ke Kuala Lumpur selepas selamat menjalani pembedahan membuang tumor seberat 200 gram di mulutnya sememangnya amat dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia.

Sebelum ini, ibu kepada adik Ainul, Nurul Erwani Zaini ada memberikan petanda atau hint bahawa mereka akan pulang ke tanahair dalam masa terdekat dan ia menyebabkan orang ramai yang mengikuti perkembangan beliau teruja.

Akan tetapi, perkhabaran itu telah dinafikan oleh Dr. Nur Amalina Che Bakri yang juga terlibat dalam proses rawatan adik Ainul dengan memberitahu bahawa pihak hospital masih lagi perlu memantau kesihatan anak kecil tersebut.

Kenyataan itu kemudiannya disahkan oleh ibu Ainul sendiri melalui satu kiriman di akaun Instagram-nya, baru-baru ini.

Menurut kiriman tersebut, kepulangan mereka sekeluarga terpaksa ditangguhkan kerana faktor kesihatan Ainul Mardhiah yang tidak mengizinkannya untuk menaiki pesawat.

“Memang betul, Ainul sepatutnya dibenarkan pulang ke Malaysia pada 8/7(Isnin) pada 9:30 malam waktu London dan dijangka akan sampai ke Malaysia pada 9/7(Selasa) pada 5:30 petang waktu Malaysia.”

“Segala persiapan sudah dilakukan. Doktor di sini sudah benarkan Ainul pulang dan doktor juga sudah check keadaan Ainul pada hari Jumaat dan Ainul sangat sangat baik.”

“Siapa sangka, perancangan ALLAH Maha Hebat. Kami tak dapat pulang ke Malaysia atas faktor kesihatan Ainul tidak mengizinkan untuk Ainul berada di dalam kapal terbang.”

“Ainul demam dan batuk pada pagi hari Isnin sepatutnya hari kepulangan kami ke Malaysia. Ada hikmah semua ini akan berlaku. ALLAH pasti tahu apa yang terbaik untuk kami. Ya saya pasti.”

https://www.instagram.com/p/BzvILH_F1SW/?utm_source=ig_embed

Kepada keluarga Ainul Mardhiah, kami dan seluruh rakyat Malaysia sentiasa mendoakan kesihatan dan kesejahteraan adik Ainul sekeluarga serta mengharapkan agar segala urusan akan dipermudahkan oleh-Nya.

Sumber: IG _nrlerwani

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi