Siakap Keli

Korang Rasa Senaman Itu Membosankan? Ini 3 Senaman Yang Akan Buktikan Perasaan Korang Itu Salah

Zaman sekarang kalau bercakap pasal senaman, pelbagai jenis senaman yang boleh diamalkan untuk menjamin kehidupan yang lebih sihat. Selain gimnasium pelbagai aktiviti luar yang boleh kita amalkan seperti berzumba, berjogging dan senam robik. Tambahan lagi, aktiviti seperti berbasikal juga sudah semakin popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Jika korang rasa terperap dalam gimnasium itu sesuatu yang bosan, aktiviti-aktiviti berikut sangat sesuai korang amalkan demi gaya hidup yang sihat.

Kalau korang bosan juga, ini ada berita baik untuk korang. PUMA akan menganjurkan House Of Hustle tidak lama lagi. Apa yang best event House Of Hustle (HOH) ni? HOH ini menyasarkan golongan yang aktif dan sukakan aktiviti lasak. Ada 3 acara utama yang korang boleh sertai. Kelas Training, Futsal 3-on-3 dan Bola Keranjang 3-on-3 yang pasti buat korang rasa tercabar dan serlahkan kehebatan korang.

Untuk kelas Training, disediakan 3 aktiviti yang bakal mencabar mental dan fizikal korang untuk sentiasa aktif dan bertenaga. Aktiviti-aktiviti tersebut ialah, Animal Flow, Rhythmic Boxing dan HIIT. Untuk aktiviti Animal Flow, peserta akan melakukan pergerakan berinspirasikan haiwan dan lebih memfokuskan kepada keseimbangan, kekuatan menyeluruh dan ketahanan badan. Semua aktiviti Animal Flow ini dilakukan tanpa menggunakan apa-apa peralatan senaman. Animal Flow ini juga dibuka kepada semua golongan tak kira usia atau tahap kecergasan.

Aktiviti Rhythmic Boxing pula kelas tinju terkini yang akan melanda Kuala Lumpur tidak lama lagi. Aktiviti yang mendebarkan ini akan berlangsung selama 45 minit dimana korang akan bertinju mengikut irama muzik yang dimainkan. Ia lebih memfokuskan tinju, keadaan tubuh dan kardio peserta. Pendek kata kelas ini sebagai ‘Cardio Party’ untuk peserta yang menyertai.

Kelas yang terakhir adalah HIIT, mesti korang pelik kan apa pulak HIIT ni? HIIT ini adalah kelas yang akan mencabar kekuatan dan kawalan korang selama 45 minit. Ia akan menekan stamina korang sehingga tahap tertinggi. Aktiviti ini akan membakar kalori berpanjangan walaupun selepas bersenam. Untuk pendaftaran sila klik PUMA

Kaki futsal juga boleh tonjolkan kehebatan korang di House Of Hustle ni. PUMA akan menganjurkan kejohanan Futsal 3 lawan 3. Kejohanan ini akan bermula di peringkat kumpulan sebelum memasuki peringkat Round Robin dimana semua pasukan akan dipecahkan kepada 4 kumpulan. 2 pasukan terbaik setiap kumpulan akan memasuki peringkat kalah mati. Juara akan membawa pulang hadiah baucer tunai dari PUMA sebanyak RM5,000. Yuran penyertaan untuk pendaftaran awal RM140 dan RM200 untuk pendaftaran selepas early bird. Untuk tempat kedua dan ketiga pula akan membawa pulang baucer tunai dari PUMA sebanyak RM3000 dan RM1500. Untuk pendaftaran sila klik PUMA

Bukan kaki futsal je, pemain bola keranjang juga boleh serlahkan bakat korang di House Of Hustle ni. PUMA juga turut menganjurkan Basketball 3 lawan 3. Kejohanan ini juga akan bermula di peringkat kumpulan dan pasukan akan dipecahkan kepada 4 kumpulan. 2 pasukan terbaik setiap kumpulan akan layak ke peringkat kalah mati. Pasukan yang menjadi juara akan membawa pulang baucer tunai RM5000 dari PUMA. Untuk tempat kedua dan ketiga pula akan membawa pulang baucer tunai RM3000 dan RM1500 dari PUMA. Yuran penyertaan untuk early bird ialah RM140 dan RM200 untuk pendaftaran selepas early bird. Untuk pendaftaran sila klik PUMA

Paling menarik, setiap peserta yang menyertai mana-mana aktiviti di House Of Hustle akan diberikan sehelai t-shirt PUMA edisi House Of Hustle dan juga PUMA Drawstring Bag. Selain 3 aktiviti utama, House Of Hustle juga menyediakan aktiviti sampingan seperti Cabaran Berhalangan, Golf Simulator dan basketball Shooting serta turut disediakan pelbagai makanan dan minuman berkonsepkan Food Truck.  Tunggu apa lagi, jom sertai House Of Hustle anjuran PUMA sekarang untuk hidup yang lebih aktif dan sihat. Maklumat lanjut sila layari laman web PUMA atau Facebook PUMA.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)