Siakap Keli
Gambar: Feezo Mohd Yussuf

Orang ‘Sedekah’ Sampah Depan Rumah, Lelaki Berang Dari Siang Sampai Malam Tak Ada Yang Kutip Balik

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Masa berganti masa, mungkin kini semangat kejiranan terlihat semakin pudar terutamanya di dalam kalangan masyarakat bandar. Malah tidak dapat dinafikan ada sesetengah individu yang langsung tidak mengenali jirannya walaupun tinggal sebelah menyebelah. Hakikat ini turut didorong oleh beberapa faktor seperti kesibukan dan tidak mahu dilabel sebagai ‘Mak Cik Bawang’  yang gemar menjaga tepi kain orang.

Justeru, amalan kejiranan yang sepatutnya mewujudkan suasana kemesraan mahupun hormat-menghormati di kalangan komuniti setempat semakin terhakis. Namun tidak dapat disangkal masih ada masyarakat yang membudayakan konsep kejiranan di mana mereka saling bantu-membantu dan bertoleransi antara satu sama lain.

Seorang pengguna Facebook, Feezo Mohd Yussuf telah memuatnaik hantaran berkongsi tentang kejadian yang berlaku kepadanya. Menurut beliau, insiden berkenaan terjadi di sebuah kawasan perumahan di Johor Bahru.

Feezo menyatakan bahawa ketika itu beliau dan rakannya sedang bersiap untuk pergi ke dobi. Tiba di pintu, beliau melihat longgokan sampah di depan rumahnya. Namun Feezo hanya membiarkannya berharap supaya orang yang meninggalkan sampah tersebut akan kembali dan membuangnya.

Tetapi sekembalinya Feezo dari dobi, sampah tersebut masih ada di depan rumahnya. Lantas Feezo mengemaskan longgokan sampah itu dan letakkan semuanya dalam satu plastik. Beliau pun masuk ke dalam rumah.

Keesokan harinya, beliau masih melihat plastik sampah itu di depan rumahnya. Hatinya mula panas, lalu beliau mengambil pen dan sehelai kertas dan menulis nota untuk dilekatkan pada bungkusan sampah tersebut.

Feezeo turut mengatakan dalam hantarannya:

“Dari malam tadi sampah nih kau biarkan bersepah depan umah aku tapi aku keep positif lag. Tadi pagi sebelum aku keluar layan movie balik ingat kau dah bersihkan sampah-sampah kau nih tapi rupanya tak gak. Selama 3 tahun aku duduk sini belum pernah aku sakiti hati jiran, aku jaga adab aku, aku jaga nama baik orang tua aku. Tapi ini dah melampau wei. Ko punya sampah aku plak tolong bersihkan. Aku nak tengok sampai berapa lama kau nak biarkan sampah kau bersepah mcm nih. Aku siap tolong kau kemas masuk kan dalam plastik dan aku siap tinggalkan nota kat situ. Kalau kau yg buang sampah adalah manusia kau akan faham. Rumah aku hari-hari aku bersihkan sebab taknak jiran rasa tak selesa. Tapi kau ikut suka hati kau jek.”

Pagi tadi Feezo ada memuatnaik hantaran terbaru yang menyatakan bahawa tiada siapa yang ‘menuntut’ sampah itu. Justeru, dari membiarkannya terus membusuk, Feezo mengambil keputusan untuk membuangnya. Bagi Feezo, bukan dia berkira untuk buang sampah tersebut, cuma dia mahu tekankan tentang isu hormat-menghomati sesama jiran.

Sumber: Feezo Mohd Yussuf

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)