Siakap Keli
Gambar Hiasan

Ramai Tak Sedar Pentingnya ‘Sex Education’ Untuk Kanak-Kanak, Ibu Ini Turut Ajak 2 Orang Anak Istimewanya

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kalau bercakap tentang pembelajaran seks untuk anak-anak pasti akan ada yang pandang serong. Mungkin kerana dalam masyarakat kita masih belum mencapai kefahaman mengenai pembelajaran seks. Untuk pengetahuan anda, pembelajaran ini bukanlah untuk mengajar anak kecil tentang melakukan hubungan yang terlarang bahkan tiada langsung kena mengena dengan aktiviti seks.

Mungkin sesetengah ibu bapa menganggap perkara berkaitan seksual ini sebagai pembelajaran yang bertentangan dengan norma masyarakat. Sudah tiba masanya ibu bapa melihat sebagai tanggungjawab berbanding mengharapkan penyelesaian pihak lain.

Perkongsian yang menarik ini di kongsikan oleh Puan Falah Hashim, merupakan seorang ibu yang mempunyai dua orang anak istimewa yang  berusia 13 tahun dan 9 tahun memiliki ciri iaitu gangguan spektrum autisme (ASD) dan kelewatan pembangunan global (GDD).

Daripada pengalamannya memiliki anak istimewa ini, beliau menghantar anak ke sekolah khas dan mengikuti tahap mereka. Katanya, di sekolah mereka diajar mengenai pembelajaran seks mengikut tahap penerimaan mereka.

Dalam hal ini, Falah mahu kongsikan kepada umum tentang pembelajaran seks. Sebenarnya bukan hanya di Malaysia tapi di negara barat juga bila disebut saja tentang subjek seksual ada yang berpandangan negatif.

Jadi di Malaysia , kita boleh ubah pendekatan itu dengan panggilan yang lebih mesra dan merangkumi skop yang lebih luas seperti self awareness, child protection, emotional well being dan pembelajaran anti buli ( contohnya di sekolah anak saya ) .

Antara yang di ajar di sini ( mengikut kesesuaian pelajar) ialah:

  • Kenalpasti public and private places dan apa yg boleh di buat di tempat2 tersebut
  • Kenalpasti bahagian2 badan dan zone private yg tak boleh disentuh oleh orang lain
  • Cara membersihkan diri
  • Cara mengenal emosi
  • Cara menyuarakan perasaan seperti bagaimana cara sedih , marah , gembira yg sepatutnya. Anak saya jika sedih, dia diajar utk menyatakan “ i am sad and why “. Dia boleh menangis atau menjerit tapi tidak boleh memukul kawan, merosakkan perabut atau memaki.
  • Mengenal jenis-jenis buli
  • Cara mengadu pada parents/ guru jika dibuli  self respect
  • Cara respect dan bergaul yg betul dgn rakan samada same or opposite sex
  • Jenis-jenis penyakit STDs dan cara mengelakkannya ( ini untuk level lebih tinggi )
  • Cara mengenalpasti paedophile ( mengikut tahap pemahaman kanak-kanak)

Untuk para ibu bapa dan penjaga pula akan diadakan seminar di sekolah seperti:

  • Cara memantau dan lock internet supaya anak tidak pergi ke pornography website
  • Cara bersembang dengan anak mengenai seks yang selamat
  • Cara mengenalpasti anak yang telah baligh dan cabarannya
  • Cara mengenalpasti perubahan emosi dan fizikal anak dan tanda2 kemurungan, dibuli, di rogol atau liwat, tidak mahu mengandung tanpa paksa dan lain-lain.
  • Apa langkah-langkah yang perlu di buat jika di perkosa
  • Bantuan yang boleh didapati dan cara-cara untuk membuat laporan polis untuk kes-kes tertentu

Jadi, untuk para ibu bapa jangan sesekali untuk halang pembelajaran seks ini di sekolah mahupun di rumah kerana ianya bukan mengajar untuk melakukan perkara yang tidak elok tetapi hanyalah untuk perlindungan anak-anak bila meningkat usia.

Sumber: Falah Hashim  

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang