Siakap Keli
Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

“Sorry, Saya Nangis Sambil Tulis Thread Ni,” Doktor Ini Kongsi Pengalaman Lihat Tangisan Ibu-Ibu Yang Keguguran

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Zuriat ibarat bidadari kecil yang menjadi penyeri dalam kehidupan setiap pasangan berkahwin. Tentunya dengan kehadiran si kecil, ia akan menambahkan lagi kebahagian dalam melayari bahtera rumahtangga. Namun sayangnya, tidak semua pasangan diberi peluang untuk merasai nikmat tersebut.

Sesungguhnya walaupun berat untuk menerima ketentuan tersebut, sebagai manusia, kita diajar bahawa semua yang terjadi sudah dutetapkan oleh Allah SWT. Bersangka baiklah kepada-Nya kerana rezeki yang dikurniakan Allah itu berbeza-beza. Terpanggil untuk berkongsi, seorang doktor perubatan telah menceritakan pengalamannya sewaktu berdepan dengan situasi ini.

Apabila beliau tak berhenti berdarah di rumah. Dan ternampak suatu ketulan yang keluar sekali dengan darah tersebut. Beliau menangis depan saya. Sudah beberapa tahun beliau mencuba untuk mengandung.

Tetapi belum tiba masanya lagi. Saya hanya mampu untuk memujuk beliau dan merujuk pasangan tersebut kepada Doktor Pakar Sakit Puan kerana ini sudah merupakan kecubaan yang ketiga.

Keesokan harinya , saya mendapat “tangisan” yang lain di klinik saya. Ada pasangan datang setelah 11 tahun mereka cuba untuk mendapat zuriat. Dan kali mereka menangis – tangisan yang penuh dengan kegembiraan, apabila mereka ternampak jantung bayi mereka buat kali pertama.

Proses kehamilan itu indah. Tapi kita sebagai lelaki kena sokong isteri kita bukan sahaja semasa proses tersebut, malah sebelum dan selepas.

Bukan mudah bagi pasangan yang tidak mempunyai anak. Mereka akan dipandang remeh oleh masyarakat, dipanggil “tidak subur”.

Saya pernah lihat sendiri di kalangan Kaum India, ada wanita yang tidak mempunyai anak, atau suami dihalang daripada melibatkan diri dengan majlis perkahwinan saudara mereka – kerana dianggap “nasib malang” tersebut boleh merebak kepada pengantin baru.

Apabila perkara ini berlaku kepada kita, kita akan mula bertanya “Kenapa saya?” Ada yang akan mula salahkan Tuhan. Ingat Rezeki ini bukan bermakna kamu dapat apa yang kamu nak. Tapi Bila kamu Terima apa yang Tuhan beri.

Kita belajar tentang sirah mengenai Siti Mariam(as) tidak berkahwin tapi dapat anak. Itu adalah rezeki beliau. Kita lihat pula sirah Sayyidatina Aishah(ra). Beliau berkahwin namun tak dapat anak. Itu pula rezeki beliau.

Diakhir bebenangnya, Doktor Nimelesh turut menambah bahawa:

“Rezeki tuhan itu luas. Sekiranya tiada rezeki anak, mungkin anda diberikan rezeki mertua yang baik. Jika tiada rezeki wang ringgit, mungkin diberikan rezeki kesihatan. Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki yang lebih baik pada keesokan hari. Bersabar, Bersyukur , Berusaha , Berdoa , Bertawakal.”

Ciapan tersebut telah mendapat lebih dari 6,663 kesukaan dan 8,974 ulang kicau. Malah bebenang itu turut dihujani pelbagai reaksi dan komen dari netizen yang berkongsi pengalaman mereka.

Pernah mengandung anak kembar, tapi Tuhan bagi ‘pinjam’ . 3 bulan lebih ja

Lima tahun tunggu untuk dapat zuriat

Pernah keguguran, tetapi Allah bagi rezeki lagi

Sumber: Nimelesh

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)