Setiap kali azan berkumandang, ia membawa makna bahawa telah masuk waktu solat fardhu bagi setiap umat Islam.
Walaupun laungan azan ini dikhususkan untuk menyeru umat Islam menyegerakan solat, namun bagi golongan beragama lain, ada yang turut tertarik dengan laungan suci itu.
Perkara ini bukanlah sesuatu yang pelik kerana sedia maklum mengetahui laungan azan itu mempunyai keindahan yang tersendiri.
Begitulah yang terjadi di Masjid Negeri Selangor di mana sekumpulan pelancong teruja mendengar azan yang dikumandangkan sendiri oleh bilal Masjid Negeri Selangor.
Menerusi rakaman tersebut, seorang pelancong wanita dilihat teruja mendengar azan Jiharkah yang dikumandangkan oleh Ustaz Zoul, Bilal Masjid Negeri Selangor. Menurut Muazzin berkenaan, kumpulan pelancong itu yang memintanya untuk melaungkan azan.
“Sewaktu Shoot gambar raya di Masjid Negeri Selangor, saya terserempak dengan sekumpulan pelancong yang ajak bergambar. Setelah saya perkenalkan diri sebagai Muazzin yang Laungkan azan mereka terus teruja minta saya azan dan mereka nak rakam. Mudah2an menjadi asbab mereka tertarik kembali kepada Islam.”
Walau bagaimanapun, laungan azan itu dirakam hampir kesemua pelancong tersebut dengan harapan dapat dijadikan asbab untuk mereka mengenali islam lebih dekat.
Keindahan yang terkandung menerusi laungan azan itu sudah pastinya boleh membuatkan hati mereka tersentuh dan tertarik dengan Islam.
Tambahan lagi, Masjid Negeri Selangor telah mencatatkan ramai pelancong yang melafazkan syahadah setelah membuat lawatan ke Masjid Negeri Selangor. Diharapkan, lebih ramai pelancong yang akan kembali kepada Islam.
Sumber: Ustaz Zoul