Siakap Keli
Foto: DEA/NY Post

“El Chapo”, Raja Dadah Mexico Dipenjara Seumur Hidup, Harta Bernilai Lebih RM51 Bilion Disita

Bagi penggemar atau pelanggan Netflix, berkemungkinan besar anda pernah menonton atau mendengar siri “El Chapo” yang ditayangkan di sana.

Siri itu mengisahkan perjalanan hidup raja dadah Mexico, Joaquin Guzman Loera atau lebih dikenali dengan gelaran “El Chapo”.

Foto: Netflix

Berbeza dengan seorang lagi raja dadah dunia dari Colombia, Pablo Escobar yang mati ditembak, El Chapo masih hidup, kini berusia 62 tahun dan berada dalam tahanan pihak berkuasa.

Baru-baru ini, dia telah pun dijatuhi hukuman penjara seumur hidup serta tambahan 30 tahun atas tuduhan mengedar dadah, membunuh dan beberapa tuduhan lain oleh mahkamah Amerika.

Malah, hartanya yang bernilai lebih RM51 billion($12.6 bilion) juga akan disita. Dengan nilai sebanyak itu, El Capo boleh tersenarai antara individu terkaya di negaranya.

Dalam pada itu, El Capo turut mendakwa tidak dilayan seadilnya di Amerika syarikat.

“Saya dilayan dengan sangat buruk, diberi minum air tidak bersih sehinggakan telinga dan tekak saya selalu sakit. Tiada cahaya matahari dan udara,”katanya kepada mahkamah.

“Isteri saya juga tidak dibenarkan melawat saya, saya tidak diberi peluang memeluk anak perempuan saya,”tambahnya lagi.

Foto: DEA/NY Post

Bagaimanapun, pihak pendakwa raya berpendapat, El Chapo adalah ‘unik’ dan selayaknya menerima layanan sebegitu selepas apa yang dilakukannya sebelum ini.

Semasa melakukan jenayahnya, Guzman mengumpul kekayaan berbilion ringgit melalui kegiatan jenayah selepas menjadi ketua bagi kartel dadah Sinaloa.

Mereka dilaporkan masih lagi menjadi salah satu kartel paling berkuasa di wilayah Mexico walaupun selepas Guzman ditangkap polis.

Sumber: CNBC

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.