Siakap Keli
Gambar: Twitter

Kenapa Harga Roti Gardenia Di Sabah Dan Sarawak Mahal? Ini Jawapan Pihak Gardenia Yang Ramai Tak Tahu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Baru-baru ini harga roti Gardenia di Sabah dan Sarawak kembali menjadi isu hangat diperbahaskan di laman Twitter. Seperti yang diketahui, roti jenama ini boleh didapati dengan mudah kedai runcit mahupun serbaneka di Semenanjung Malaysia. Kebiasaannya, ia dijual dengan harga yang murah, serendah  RM1.00 Sehingga RM5.00.

Gambar: Twitter

Namun, berbeza di Sabah dan sarawak. Perkara ini mula tular setelah seorang individu memuatnaik ciapan di laman Twitternya. Individu berkenaan mendakwa bahawa mereka dari Sabah dan Sarawak akan membeli roti jenama ini dengan kuantiti yang banyak sekaligus untuk di bawa pulang ke sana. Malah, perkara ini turut disokong oleh ramai pihak di ruangan komen.

Justeru, mula muncul persoalan dan spekulasi mengapa isu ini terjadi. Ada yang mengatakan bahawa harga roti di sana lebih mahal dua kali ganda dan disebabkan itulah ramai yang lebih suka membelinya di Semenanjung Malaysia.

Gambar: Twitter

Tidak terkecuali ada juga individu yang mendakwa bahawa harga roti berkenaan dipengaruhi oleh kos pengangkutan. Dan disebabkan itulah, ramai yang tertanya-tanya sebab utama Gardenia tidak membuka kilang di Sabah mahupun Sarawak.

Gambar: Twitter

Oleh itu, untuk mengelakkan pertikaian dan persepsi, Siakap Keli telah menghubungi sendiri pihak Gardenia untuk mengetahui perkara sebenar. Menurut mereka:

Dua entiti perniagaan berasingan, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd dan Gardenia Food Industries Sabah

Kami di Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd [GBKL] ingin menjelaskan bahawa GBKL dan Gardenia Sabah adalah dua syarikat yang berbeza, dan tiada kaitan antara satu sama lain. GBKL hanya beroperasi untuk pasaran Semenanjung Malaysia sahaja.

Manakala, Gardenia Sabah tertakluk dan meliputi pasaran Borneo atau Malaysia Timur. Kedua-dua syarikat ini mempunyai pihak pengurusan, polisi dan sistem operasi yang berbeza. Justeru, semua harga yang ditetapkan adalah tertakhluk kepada syarikat berkenaan.

GBKL ingin memberi jaminan kepada semua pelanggan setia kami di Semenanjung Malaysia bahawa adalah dasar dan kepercayaan kami untuk memberikan sesuatu yang terbaik dari segi produk dan perkhidmatan. Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menjemput orang ramai untuk datang melawat dan melihat sendiri operasi kami.

Sumber: Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)