Siakap Keli

Suspek Berteriak “Mati”, Sebelum Simbah Minyak Dan Bakar Studio Animasi Kyoto

Perisitiwa kebakaran studio animasi KyoAni di Kyoto, Jepun semalam telah meragut 33 nyawa. Menurut saksi, seorang lelaki sengaja membakar bangunan itu dengan alasan karyanya yang diplagiat.

Menurut keterangan mangsa yang selamat, seorang lelaki masuk ke bangunan dan berada di tingkat tiga, kemudian menyimbah bahan bakar lalu menyalakan api. Pada masa itu suspek pelaku sempat berteriak “mati”.

Menurut saksi kejadian dalam laporan media tempatan, lelaki tersebut kelihatan tidak berpuas hati dan marah sambil menjerit karyanya diciplak.

Dilaporkan polis tempatan kemudian menahan pelaku berusia 41 tahun sekitar pukul 10.30 pagi waktu tempatan. Pelaku juga cedera akibat tindakannya sendiri dan kini sedang dirawat di sebuah hospital tempatan dibawah jagaan polis.

Selepas kebakaran itu berjaya dipadamkan, bomba mendapati  33 nyawa terkorban.

Menurut maklumat dari jabatan bomba tempatan, lokasi penemuan mayat korban kebakaran berbeza-beza.

Beberapa saksi kejadian mendakwa sempat melihat dua orang yang disyaki menjadi mangsa, berjalan menuruni tangga. Mereka telah melecur dan tapak kaki dipenuhi dengan darah.

Pengarah KyoAni, Hideaki Hatta, memberitahu, pejabat sempat menerima beberapa email yang berbaur ancaman pembunuhan. Namun dia enggan menjelaskan sama ada email tersebut mempunyai kaitan dengan kejadian.

Hatta berkata, “Saya tidak dapat menahan kesedihan ini, kerana orang-orang barisan hadapan animasi Jepun cedera dan kehilangan nyawa.”

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, menyatakan ucapan takziahnya untuk kejadian itu.

“Saya sampai tidak boleh berkata apa-apa. Saya mendoakan untuk jiwa mangsa.” Kata Abe menerusi Twitter.

kejadian tersebut dianggap sebagai salah satu peristiwa pembunuhan paling buruk di Jepun.

Sumber: CNN Indonesia

Eyen Mirlen

write deeply from your heart

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.