Siakap Keli
Gambar Hiasan

Isteri Pelik Suami Rajin Sangat ‘Cebok’ Anak-Anak Perempuan, Tak Sangka Sisi Gelap Terbongkar

Bapa merupakan individu yang sepatutnya menjaga keselamatan anak-anak dan keluarganya secara menyeluruh. Perkara ini kerana seorang bapa telah dipertanggungjawabkan bagi memastikan kehidupan dan keselamatan anak-anaknya berada dalam keadaan yang selamat.

Namun, lain pula bagi seorang bapa yang tidak bertanggungjawab ini kerana didakwa telah mencabul anaknya sendiri. Bapa berkenaan didapati telah memperlakukan perbuatan yang tidak bermoral terhadap anak-anaknya setiap kali membasuh najis anaknya.

Menurut hantaran tersebut, bapa berkenaan dikatakan seorang suami yang rajin kerana sering membantu menguruskan anak-anaknya. Namun, timbul perasaan syak wasangka oleh si isteri apabila anak-anaknya akan menangis setiap kali keluar tandas.

Anak-anak tersebut hanya berdiam diri ketika disoal. Ekoran itu, mereka telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan pemeriksaan.

https://platform.twitter.com/widgets.js

Setelah pemeriksaan doktor dibuat, didapati terdapat kecederaan pada kemaluan kanak-kanak tersebut. Kecederaan itu dipercayai kesan daripada perbuatan cabul yang dilakukan oleh bapanya sendiri. Walau bagaimanapun, seorang anak dikatakan selamat daripada perbuatan tersebut kerana masih bayi.

https://platform.twitter.com/widgets.js

Berikutan kejadian tersebut, ibu kepada anak-anak tersebut telah menuntut fasakh kerana kesal dengan tindakan suaminya itu. Dia yang sangat bersedih akan nasib ketiga-tiga anak perempuannya itu tidak dapat membayangkan derita yang dialami oleh mereka. Anak-anak tersebut juga berisiko mengalami trauma berikutan perbuatan bapa mereka.

Sumber: Sukri Eusoff

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.