Siakap Keli
Gambar Hiasan

Betul Ke Mandi Malam Boleh Jadi Punca Paru-Paru Berair ? Ini Fakta Sebenar Yang Korang Perlu Tahu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Waktu kecil mahupun pada zaman sekarang pasti ada sesetengah individu yang tidak akan mandi pada waktu malam kerana takut paru-paru berair. Ini mitos atau fakta? Pasti ramai yang keliru dengan hal ini. Mungkin, pantang larang orang-orang tua dahulu sudah menjadi hadam dalam diri kita.

Salah satu perkara yang tidak logik akal ialah lepas waktu Isya, adalah saat jantung bderhenti untuk berehat, jikas kita mandi ia akan menyebabkan kerosakan pada jantung akibat masuk air. Sebaiknya mandi setelah i jam dari pukul 12 tengah malam. Mandi pada waktu ini kononnya dapat memberi tenaga semula.

Tetapi, anda jangan terus terpedaya dengan mitos ini. Penjelasan jururawat ini mungkin buat anda buka mata dan lebih prihatin dengan kesihatan diri anda. Menerusi laman Facebook Bel Nawhen ini, beliau menjelaskan beberapa fakta menarik tentang mandi pada waktu malam.

Mari kita ikuti penjelasan tentang mandi pada waktu malam ini. 

1. Jika darah menjadi panas, maka melecurlah seluruh badan kerana darah mengalir melalui salurnya ke seluruh anggota badan termasuk otak.

Darah badan dalam purata suhu 36.5°c – 37.5°c. Kalau mandi macam mana pun darah tidak akan sejuk mahupun mengelegak. Penat setelah melakukan pekerjaan seharian adalah satu perkara normal yang dialami oleh setiap individu.

2. Paru-paru tidak boleh masuk air sebab mandi selepas maghrib. Macam mana air pilih-pilih nak masuk dalam paru-paru. Ada timer ke?

Sebab paru-paru berair adalah berlaku jangkitan bakteria atau virus pada paru-paru (pneumonia) selain komplikasi lain. Degupan jantung normal setiap manusia dewasa adalah lingkungan 60-100 perminit dengan jumlah 100,000 detak sehari dan 3,600,000 setahun. Jika jantung lemah, bermakna memang ada masalah jantung. Bukan sebab mandi malam.

3. Jika jantung berehat, maka seluruh fungsi organ akan berhenti. Sekali lagi, air tidak masuk ke jantung kalau anda mandi sambil minum air sekalipun.

Jantung berdetak 24jam sehari, 365/366 hari setahun dan tidak perlu dicas. Ironman pun tak cas jantung mekanikal dia.

Katanya lagi, orang dahulu melarang mandi pada waktu malam kerana tandasnya diluar dan takut berlaku bahaya kepada seseorang itu jika dia dipatuk haiwan bisa atau cedera kerana terpijak benda tajam dan berkemungkinan pada masa dahulu, kemudahan elektrik sangat terhad. 

Jadi, janganlah pula bila berada dalam zaman moden ini, cara menjaga kebersihan pula ikut zaman tiada elektrik. Ingatlah bahawa jantung berheni bersamaan dengan mati, kulit manusia bukan sperti span yang menyerap air serta manusia bukanlah spongebob.

 

Sumber: Bel Nawhen

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.