Siakap Keli

Dakwa Urut Kaki Di Thailand, Wanita Hamil Dan Anak Dalam Kandungan Maut Selepas 6 Bulan Koma

Seorang wanita hamil meninggal dunia enam bulan selepas koma ketika dia didakwa sedang diurut di bahagian kakinya. Wanita yang berusia 25 tahun itu dipercayai telah pergi ke sebuah kedai di Chiang Mai, utara Thailand pada 11 Januari lalu untuk mendapatkan rawatan urutan di bahagian kakinya.

Namun, ketika diurut, dia tiba-tiba pengsan. Wanita berkenaan di bawa terus ke hospital dan ketika dalam perjalanan, dia diserang strok dan jantungnya terhenti seketika yang menyebabkan kandungannya gugur.

Dia disahkan koma dan hanya bergantung pada mesin sokongan hidup. Selama berada di hospital, dia ditemani oleh sanak-saudara dan anaknya yang berusia 5 tahun.

Pakcik kepada wanita terbabit menyatakan bahawa sememangnya sudah tiada harapan untuk anak saudaranya itu kembali sedar seperti biasa. Justeru mereka sekeluarga sepakat untuk mesin sokongan hayatnya ditutup. Dan beliau dikelilingi oleh keluarga serta saudara mara ketika beliau menghembuskan nafas terakhirnya.

Pakciknya turut berkata:

“Ini mungkin keputusan yang sukar, tetapi itulah yang terbaik buatnya.”

Pegawai dari Balai Polis berkata bahawa pihak mereka telah mengambil tindakan terhadap tukang urut kerana kecuaiannya. Polis mengatakan bahawa tukang urut itu tidak sepatutnya mengurut wanita hamil terbabit kerana ian ternyata memberi risiko kepada kandungan.

Doktor mendiagnosis wanita tersebut dan mendapatinya mengalami pendarahan paru-paru dan ischemic stroke, yang menyebabkannya keguguran, otaknya ‘mati’  dan beliau koma sejak itu.

Menurut Pengarah Jabatan Perubatan Tradisional dan Alternatif Thailand, urutan pada wanita hamil hanya boleh dilakukan oleh pakar urut Thai sahaja.

Sumber: Mirror.co.uk 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)