Siakap Keli
Gambar Hiasan

Nak Beli Tapi Belum Gaji, Abang Terharu Adik Hadiahkan Power Bank Buatan Sendiri

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa air yang dicincang tidak akan putus yang membawa maksud tali persaudaraan tidak akan putus. Saudara atau adik beradik akan selamanya bersaudara. Hubungan keluarga tidak akan terputus. Sama seperti isu yang tular baru-baru ini mengenai seorang adik berusaha untuk memenuhi permintaan abangnya.

Sehubungan dengan itu, kisah mengenai si adik memberi hadiah kepada abangnya telah tular di Twitter. Perkongsian tersebut daripada abangnya iaitu Amir Hariz di akaun Twitternya.

Abang nak beli powerbank tapi belum gaji.

Ayat yang dilontarkan oleh abangnya ini telah membuahkan hasil yang cukup istimewa walaupun ianya buatan sendiri tetapi usaha dan ketekunan adiknya menghasilkan sebuah powerbank telah menyentuh hati abangnya. Perkongsian ini bukan sahaja membuatkan ahli keluarganya berbangga dengannya tetapi hampir seluruh warga Twitter sangat terharu atas tindakan tersebut.

Jelas abangnya, walaupun ianya buatan sendiri tetapi ia tetap berfungsi dengan baik. Mesti semua orang tertanya-tanya dari mana idea semua ini?

Walaupun dalam usia 14 tahun, dia dapat hasilkan benda yang diluar jangkaan untuk usia semudahnya. Dia juga memang ada minat dalam bab elektrikal ini, dia juga ada belajar tentang enjin motor dan kereta. Untuk hasilkan powerbank ini, dia hanya merujuk kepada guru di sekolah dan buku-buku mengenai enjin dan elektrikal.

Powerbank yang diberi kepada abangnya itu diberi nama sebagai ‘Powerbank pening.’

Menurut abangnya lagi, adiknya akan jadikan powebank ini sebagai satu model untuk subjek Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) di sekolahnya. Sebagai seorang abang, dia berbangga dengan kejayaan adiknya walaupun ia tidak sehebat orang lain, dia tetap sentiasa memberi semangat kepada adiknya supaya dengan kejayaan ini dapat diteruskan ke hari kelak.

Sumber: Amir Hariz

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)