Siakap Keli

Hentikan 4 Tabiat Ibu Bapa Yang Boleh Menghalang Kreativiti Kanak-kanak

Karakter dan keperibadian anak ditentukan oleh latar belakang keluarga. Ibu bapa terutamanya, sangat memainkan peranan penting dalam membantu membentuk minda dan kreativiti kanak-kanak. Tapi, tanpa sedar, malah ibu bapa sebenarnya yang menghalang pertumbuhan kreativiti kanak-kanak dengan melakukan 4 kebiasaan ini.

Kreativiti bermaksud kebolehan mencipta daya kreatif. Dunia moden hari ini, kreativiti sangat penting untuk meneroka pelbagai penemuan dan inovasi. Boleh dikatakan, kreativiti menjadi modal awal kanak-kanak untuk menjadi insan yang berguna di masa akan datang.

Pada dasarnya, setiap anak terlahir dengan perasaan ingin tahu dan keinginan untuk meneroka. Jika diasah dengan baik, maka anak akan menjadi kreatif. Sayangnya, dalam perjalanan usaha mengasuh anak, ibu bapa sering melakukan perkara atau tabiat yang sebenarnya boleh menghalang kreativiti anak.

Perkara berikut merupakan sebahagian daripada tabiat yang biasa dilakukan oleh ibu bapa.

1. Memarahi Anak

Tidak selamanya anak bersikap menyenangkan. Ada juga masa dia melakukan kesalahan atau menjengkelkan. Dalam menghadapi situasi ini, ibu bapa selalu hilang kawalan dan tentunya akan memarahi anak.

Jika terlalu sering marah kepada anak, ia boleh menyebabkan anak menjadi takut untuk melakukan sesuatu dan tidak berani mengambil risiko. Ini jelas menghalang kreativiti anak kerana tidak berani untuk mencuba hal-hal baru.

Kajian juga membuktikan bahawa tindakan memarahi anak ini boleh menjejaskan pembentukan sinaps (hubungan antara sel saraf) di otak.

2. Melarang dan menakutkan anak

Sering melarang dan menakutkan anak boleh membuatkan mereka takut ambil risiko, sama halnya dengan dimarahi. Anak akan cenderung pasif kerana bimbang dengan perkara negatif yang akan disampaikan oleh ibu bapa.

Tentu ini tidak bermaksud anak diperbolehkan berbuat apa-apa. Ibu bapa juga perlu bijak menentukan apa yang tidak patut dilakukan oleh anak. Tapi semasa anda mahu melarang anak anda, sebaiknya perlu dijelaskan kenapa hal itu tidak boleh dilakukannya agar dia faham.

3. Selalu mengikuti anak

Apabila anda sentiasa membayangi anak anda, selalu duduk bersebelahannya, mengaturkan segala kegiatannya dan dengan cepat memperbaiki bila ada hal yang dianggap salah atau kurang baik, secara tidak langsung anda sedang membunuh kreativiti anak anda.

Kreativiti anak akan berkembang ketika mereka ditinggalkan untuk melakukan eksplorasi sendiri dan belajar melalui kesilapan yang dilakukan. Cukup dengan mengawasi anak ketika dia bermain sendiri dan biarkan dia berkembang mengikut imaginasinya.

4. Membuat jadual aktiviti yang sibuk

Jika anak itu meminati sesuatu, sebagai ibu bapa, anda wajib untuk menyokongnya. Tapi jika kegiatan luar sudah terlalu padat hingga anak menjadi sangat penat dan kehilangan waktu untuk bermain, anda harus membuat penilaian kembali.

Salah satu keperluan seorang anak adalah bermain.  American Academy of Pediatrics menyatakan bahawa setiap anak perlu ada waktu untuk bermain setiap hari kerana bermain adalah keperluan setiap anak.

Penelitian membuktikan bahawa anak bermain di usia peringkat awal akan memiliki kemahiran kognitif dan sosial yang baik semasa ke sekolah nanti. Maka, biarkan mereka bermain, tapi perlu diawasi juga. Dengan bermain, mereka akan belajar mengasah kreativiti.

Jadi, jika anda mahu anak anda menjadi pintar, aktif dan penuh dengan kreativiti, hentikan tabiat di atas. Mula jadikan rumah dan diri anda sebagai salah satu persekitaran yang boleh menyokong kreativiti anak anda. Biarkan anak anda menjadi diri sendiri dan mengembangkan potensi mereka. Pantau dan berikan contoh yang baik kepada anak anda.

Sumber: KlikDokter

Eyen Mirlen

write deeply from your heart

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.