Siakap Keli
Foto: AFP/ The Sun

Ingat Import Sampah Kitar Semula, Kerajaan Sri Lanka Terkejut Terima Kontena Berisi Sisa Mayat Dari Eropah

Salah satu kejadian ‘misteri’ telah berlaku di pelabuhan Colombo, Sri Lanka apabila lebih 100 kontena yang diterima didapati turut diisi dengan sisa mayat iaitu organ manusia.

Kontena-kontena yang diimport dari United Kingdom(UK) itu sepatutnya mengandungi bahan kitar semula, sebaliknya ia mengandungi sisa mayat yang menjijikkan di sebalik timbunan tilam serta sisa klinikal yang memenuhi kontena.

Menurut sumber, pekerja di pelabuhan itu mula mencurigai sesuatu selepas menghidu bau busuk yang sangat kuat dari 111 kontena yang baru diterima dari UK itu.

Foto: AFP/The Sun

Ia sekaligus menimbulkan tanda tanya kepada mereka sekaligus memaksa mereka melakukan pemeriksaan. Hakikatnya, bau busuk itu bukanlah datang daripada sisa bahan kitar semula atau bahan buangan biasa.

Berikutan penemuan itu, pihak berkuasa Sri Lanka dilaporkan akan menghantar semula semua kontena tersebut ke UK.

Dalam pada itu, Jabatan Alam Sekitar, Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar(Defra) UK telah menghubungi pihak berkuasa Sri Lanka untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejadian ini.

Menurut jurucakapnya, “Kami komited untuk menangani eksport bahan terlarang, di mana individu yang didapati mengeksport barangan selain yang diisytiharkan berdepan hukuman penjara dua tahun atau denda”.

Sumber: The Sun/ The Guardian

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.