Siakap Keli
Kredit: Rumah Kucing Banjarmasin

(Video) “Selamat Jalan Tetew, Air Matamu Menggambarkan Segalanya,” Kucing Sedang Bercakar Dipukul Sampai ‘Terlipat’ Badan

Sebagai haiwan teritorial, kucing jantan khususnya akan bergaduh untuk berebut kawasan atau kucing betina sebagai salah satu sifat semulajadinya.

Sekiranya kita melihat pergaduhan antara haiwan berkenaan, kita dinasihatkan untuk tidak mencampuri pergaduhan tersebut secara langsung kerana ia boleh mencederakan kita akibat marah.

Sebaiknya, ramai pemilik kucing yang berpesan agar sekadar menyimbah air pada kedua-dua kucing yang sedang bergaduh bagi meleraikan mereka.

Namun begitu, malang bagi seekor kucing bernama Tetew yang dipukul sehingga mengalami kecederaan teruk pada badan mengakibatkan kematiannya.

Kejadian ini dikongsikan oleh Rumah Kucing Banjarmasin yang mengirim gambar serta video Tetew yang sedang menggelupur kesakitan dirakamkan oleh saksi kejadian.

“Beritahu aku, bagaimana perasaan anda melihat foto ini?

Namanya Tetew. Kucing tidak bertuan di perumahanku. Biarpun tidak bertuan, ramai yang sayang Tetew. Sedari kecil, tidak sedikit yang beri makan Tetew. Makanya, Tetew boleh bertahan selama 4 tahun ini.

Sebagai orang pertama yang menemui Tetew dengan tubuhnya terlipat menahan sakit, dan menjadi orang pertama melihat Tetew dengan mata terbuka, tubuh terbujur kaku dan dingin serta tiadanya hembusan nafas, hatiku penuh sesak.

Mungkin, jika dia pulang (mati) dalam keadaan tua, hati ini biasa saja. Mungkin, jika dia mati dalam keadaan dilanggar kenderaan pun hati ini biasa saja.

Tapi, Tetew dipukul sehingga setengah mati.

Dipukul oleh tetangga deretan depan rumah. Dia orang baru di perumahanku. Dia memukul Tetew dengan sebatang kayu. Saiz kayu yang tidak terlalu besar, jika kau tanya pendapat seorang manusia. Tapi untuk kucing tentu tidaklah sebanding.

Ditambah amukan ayunan kayu yang penuh amarah dari seorang lelaki dewasa, bolehkah kalian bayangkan rasa sakit yang Tetew terima?

Saat kejadian, aku sedang menjemur pakaian. Kerana tubuh Tetew tidak terlihat saat dipukul, ku fikir pukulan-pukulan itu tidak mengenai Tetew. Tapi aku salah, aku berasa sangat berdosa.

Harusnya aku tolong Tetew pagi kelmarin itu. Sekali lagi, hatiku terasa sesak, sesak sekali mengingat kejadian kelmarin.

Yang tidak habis fikir, jiranku yang memukul Tetew juga seorang pemelihara kucing. Aneh ya, seorang pemelihara kucing memukul kucing lain sampai mati. Oh, mungkin kerana kucingnya berbeza. Kucing mahal. Apalah Tetew yang cuma kucing kampung biasa.

Bahkan, untuk sekadar disayangi pun, binatang punya kasta.

Cuba kita fikir, perlukah kita sampai membunuh atau menyeksa binatang kerana kesalahannya? Jika kau kata “Tidak”, semoga Allah memberkati keseluruhan hidupmu dan keluargamu.

Jika kau kata “Ya”. ku fikir Tuhan perlu mencabut kembali anugerah terbesarnya yang kita sebut ‘akal’.

Kesalahan apa Tetew lakukan?

Aku benci dengan jiranku itu. Bagaimana dia boleh memukul kucing yang tidak berakal. Kesalahan apa yang dilakukan Tetew sehingga layak dihukum mati? Pengedar dadah kah? Perasuah kah? Membakar rumahnya kah? Bayangkan dan fikirkan. Tidak adil rasanya Tetew diperlakukan sebegitu sehingga mati dalam keadaan menyedihkan.

Untuk kalian yang membaca kiriman ini, aku berharap kalian boleh mengambil pelajaran.

Jangan menyakiti makhluk yang lemah. Aku fikir, semua ajaran agama mengajar demikian. Ingatkan pula keluarga, teman, rakan atau siapapun supaya hal ini tidak terjadi lagi.

“Itu cuma kucing”, kau kata? Bagiku, semua nyawa sama harganya. Jangan disia-siakan.

Selamat jalan, Tetew. Air mata di pelupuk matamu menggambarkan segalanya.

Menurut sumber, pemilik kucing berkenaan telah tampil melakukan permohonan maaf selepas dikecam netizen. Katanya, dia memukul kucing malang tersebut ketika cuba meleraikan kucing yang bergaduh.

Kredit: Gabutnih

Sumber: Rumah Kucing Banjarmasin

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.