Siakap Keli
Gambar Hiasan

Kebakaran Gunung Arjuno, 90 Nyawa Pendaki Berjaya Diselamatkan

Badan Penanggulangan Bencana Daerah (BPBD) Kota Batu, Jawa Timur, dan pasukan sukarelawan memindahkan 90 pendaki Gunung Arjuno yang mengalami kebakaran. Semua pendaki sudah pun dipindahkan hari ini, Isnin, (29 Julai).

Diketahui, hutan di kawasan puncak Gunung Arjuno mengalami kebakaran pada Ahad lalu, (28 Julai).

“Semua pendaki sudah dipindahkan, menurut data pos pendakian.”, terang Khoirur Rochim ketika dihubungi oleh CNN Indonesia pada hari ini.

Rochim menjelaskan bahawa pendaki dicatatkan seramai 90 orang dan 25 daripadanya sudah turun sejak pagi Ahad sebelum berlaku kebakaran.

Kemudian, BPBD memindahkan 47 pendaki pada pagi Isnin. Pemindahan diteruskan, hinggalah semua pendaki berjaya turun dari Gunung Arjuno.

Rochim menyatakan bahawa titik api itu dilihat di sekitar puncak Gunung Arjuno pada Ahad (28 Julai). Sejak itu, BPBD telah menghantar satu pasukan dari Pura Giri Arjuno dan Brak Srag. Kedua-dua pasukan itu telah ditugaskan untuk membantu memadamkan kebakaran secara manual dan memindahkan pendaki.

Berdasarkan maklumat terbaru dari pasukan Jaguar FPRB Sumbergondo, titik api berada di kelajuan blok. Api kemudian melarat ke arah barat dan beberapa yang lain sudah dikawal. Sementara yang lain masih berusaha di kawal kerana titik api berada di tebing dan jurang yang dalam.

Hingga kini, Rochim mengesahkan bahawa tiada kemalangan jiwa akibat daripada kebakaran ini. Kerosakan hanya berlaku di hutan kawasan atas gunung.

Sumber: CNN Indonesia

Eyen Mirlen

write deeply from your heart

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.