Pihak Polis Diraja Malaysia melalui satu kiriman di laman Facebook mereka sebentar tadi telah mengingatkan pengguna agar tidak terpedaya dengan panggilan-panggilan palsu.
Panggilan palsu yang dimaksudkan ialah daripada pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang mendakwa mereka dari Tenaga Nasional Berhad(TNB).
#JomBeringatWASPADA PANGGILAN PALSU TNB!!!Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah terpedaya dengan panggilan atau…
Posted by Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) on Monday, 29 July 2019
Pemanggil biasanya akan memberi amaran kepada penerima bahawa bekalan elektrik di kediaman mereka akan dipotong dan meminta pembayaran segera dari pelanggan.
Selain panggilan suara, jenayah ini juga didakwa turut dilakukan melalui kiriman mesej dengan amaran yang sama.
Dalam pada itu, pelanggan juga diingatkan untuk menghubungi TNB CareLine di talian 1-300-88-5454 atau melayari laman sesawang ini untuk mengetahui senarai saluran pembayaran bil elektrik TNB dan ejen kutipan yang sah.