Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Amaran Ribut Petir Di Tujuh Negeri, WP Labuan Hingga 5 Petang Ini

Iqbal Yasir
ribut petir negeri petang ini
Gambar: Bernama

Amaran Ribut Petir Di Tujuh Negeri, WP Labuan Hingga 5 Petang Ini

KUALA LUMPUR, 21 Jun (Bernama) — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri dan Wilayah Persekutuan Labuan hingga 5 petang ini.

Menurut kenyataan MetMalaysia, amaran itu melibatkan seluruh negeri di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang serta Perak (Larut, Matang Dan Selama).

Amaran sama turut dikeluarkan bagi Johor untuk kawasan Kota Tinggi manakala di Sarawak membabitkan Miri (Subis, Miri dan Marudi) dan Limbang.

Turut dilanda cuaca sama ialah kawasan di pedalaman Sabah membabitkan Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort, Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Kota Belud), Kudat (Kota Marudu, Kudat) serta Wilayah Persekutuan Labuan.

Sumber: BERNAMA

BACA: 22 Individu Ditahan Dipercayai Ejen Perisik Israel – Polis Iran

BACA: Ong Yew Sin Sah Bergelar Suami Kepada Aya Ohori