Siakap Keli
Gambar Hiasan

28 Penumpang Bas Terbunuh Dalam Letupan Bom Di Afghanistan, Didakwa Ada Kaitan Dengan Taliban

Puluhan penumpang bas yang terdiri daripada wanita dan kanak-kanak, terbunuh dalam letupan bom di lebuh raya Kandahar, wilayah Farah Afghanistan pada Rabu (31 Julai). 28 orang dilaporkan maut dan 10 orang lagi cedera.

Bas tersebut merempuh bom yang didakwa disimpan di tepi jalan oleh kumpulan Taliban.

Jurucakap wilayah Muhid berkata “Sebuah bas merempuh bom di tepi jalan milik Taliban. Setakat ini, 28 orang terbunuh dan 10 lainnya cedera.”

Jurucakap Farah Farooq Barakzai menyatakan, kemungkinan jumlah mangsa akan terus meningkat. Belum ada kenyataan yang mengesahkan kejadian tersebut melibatkan atau didalangi oleh kumpulan Taliban.

Letupan itu berlaku sehari selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menyatakan bahawa orang awam yang cedera dan terbunuh akibat peperangan Afghanistan berada di tahap yang ‘mengejutkan’. Meskipun sudah pelbagai usaha yang dilakukan untuk menamatkan konflik yang hampir 18 tahun itu.

Jumlah mangsa pada separuh pertama 2019 turun 27% berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas.

Bagaimanapun, 1, 366 orang awam terbunuh dan 2, 446 lagi cedera. PBB berkata, usaha untuk mengurangkan keganasan belum mencapai hasil yang maksimum.

Menurut PBB, pasukan AS dan pro-pemerintah menyebabkan lebih ramai korban orang awam daripada Taliban dan kumpulan pemberontak yang lain. Hampir satu per tiga daripada jumlah mangsa adalah kanak-kanak.

Saat ini, Amerika Syarikat (AS) sedang berusaha melakukan perdamaian dengan Taliban di mana salah satu perbincangan adalah penarikan tentera AS dari Afghanistan.

Sumber: CNN Indonesia

Eyen Mirlen

write deeply from your heart

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)