Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Isu penggunaan ‘vape’ dalam kalangan pelajar sekolah sangat membimbangkan walaupun ianya menjadi salah satu altenatif untuk berhenti merokok bagi orang dewasa. Namun, vape yang telah menjadi fenomena sejak beberapa tahun kebelakangan ini, semakin popular dalam kalangan pelajar sekolah rendah.
Ada juga yang berani dan tiada lagi segan silu menghembuskan asap rokok elektronik itu di khalayak awam dan ada juga tular sebuah video dimana seorang pelajar perempuan sedang menghisap vape di hadapan pintu pagar sekolah.

Rentetan daripada itu, sebanyak 35 agensi bukan kerajaan (NGO) bina satu petisyen untuk membantah golongan muda bersekolah menghisap vape. Nama petisyen tersebut ‘Selamatkan Anak-Anak Malaysia’.
Seramai 300 ribu pelajar sekoalh telah dikesan menggunakan vape atau rokok elektronik. Ini adalah satu fakta daripada hasil kajian TECMA pada tahun 2016. Mungkin jumlah tersebut boleh meningkat pada setiaop tahun.
Ibu bapa serta guru di sekolah mestilah risau dengan keadaan anak muda sekarang kerana terlalu banyak pendedahan tentang rokok elektronik ini dalam media sosial.

Ini adalah 35 NGO yang menyokong dan mewakili para ibu bapa dan guru, memorandum ini diutuskan sebagai solidariti masyarakat untuk disampaikan kepada pemimpin masyarakat dan pihak kerajaan untuk melindungi kanak- kanak dan pelajar sekolah dari terpengaruh dengan rokok elektronik yang kian berleluasa.
1. Bapa Muda Osem 2. Majlis Pengetua Guru Besar Sekolah-Sekolah Islam Malaysia 3. Medical Mythbusters Malaysia 4. IKRAM Health 5. SELBAR 6. JBAR 7. GenBRV 8. PHM 9. Persatuan Alumni Fakulti Farmasi UKM 10. IIUM Pharmacy Student Alumni 11. Asthma Malaysia 12. Delegation of Nurses 13. Ini Sains Beb 14. Malaysian Pharmaceutical Society 24. Kumpulan Ibu Bapa dan Sokongan Anak-Anak Kanser 25. MIMPA 26. NCSM 27. IK LOGIK 28. Pembantu Kesihatan Awam 29. I- Medik 30. Persatuan Alumni Perubatan Universiti Malaya 31. Nicotine Addiction Research and Collaboration Group, UM 32. Persatuan Pakar Perubatan Keluarga, FMSA 33. PAPISMA 34. Islamic Medical Association of Malaysia (IMAM) 35. Green Crescent Malaysia (GCM)
3 perkara penting yang diketengahkan iaitu berkaitan:
Kajian juga mendedahkan kesan nikotin kepada otak pelajar yang sedang berkembang boleh menjejaskan tumpuan, ingatan, kognitif dan fungsi kanak-kanak serta remaja. Mereka juga risiko untuk terjebak dengan penggunaan rokok dan dadah merbahaya yang lain.
Mereka juga menyeru orang ramai untuk tandatangani memorandum atau petisyen ini. Hanya klik ini sekarang.
Sumber: Public Health Malaysia