Terkini

Gaya hidup
Wanita Keliru Balas Pemberian Buah Limau, Jawapan Netizen Buat Ramai Tersentuh
Tip
Cara Paling Mudah, Hilangkan Batuk Berkahak Guna Bahan Semula Jadi Ni
Trivia
Bilik Panas Waktu Malam, Ini 5 Barang Wajib Ada Kurangkan Bahang
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa Tiga Negeri Hingga Awal Pagi
Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Tip
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu

Keluarga Ainul Mardhiah Menunggu Detik Ulang Tahun Pertamanya

Sha Rossa

Kuala Lumpur : Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin terus berada dalam keadaan yang sihat dan stabil dengan ibubapanya menunggu detik untuk merakam sambutan hari kelahiran pertama puteri sulung mereka itu dalam tempoh 13 hari lagi.

Ainul Mardhiah yang sebelum ini menjalani pembedahan di London untuk membuang ketumbuhan di mulutnya kini berada di wad Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, hari ini.

Bayi itu masih menunggu pemeriksaan lanjut dan pengimejan di bahagian dada bagi mengetahui sama ada terdapat jangkitan kuman sebelum boleh dibenarkan pulang.

”Masa penerbangan pertama dari Malaysia ke London, Ainul pernah kena jangkitan kuman. Kami tak nak benda ini berlaku lagi sebab itu ambil keputusan untuk terus ke HKL apabila tiba pada Ahad lepas,” kata ibunya Nurul Erwani Zaidi, 24 kepada sumber semasa ditemui di hospital itu.

”Ainul dilahirkan pada 13 Ogos 2018, masih ada 13 hari lagi sebelum Ainul genap satu tahun.

”Saya tidak akan memaksa Ainul untuk merangkak, meniarap atau berkata seperti kanak-kanak lain kerana saya terima dia seadanya dan sanggup menunggu untuk melihatnya membesar seperti kanak-kanak lain,” katanya.

“Saya sentiasa mendoakan dan berharap agar Ainul juga diberi kesempatan itu,” katanya.

Nurul Erwani yang tidak bekerja ketika ini menumpukan sepenuh masanya untuk menjaga Ainul di hospital secara bergilir dengan suaminya.

Manakala suaminya Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, pula masih bekerja selain menguruskan sebuah kedai runcit miliknya “Asar Halmart” di Taman Desa Molek, Melaka.

Kedai itu yang menjual produk makanan dan minuman Muslim turut memasarkan produk atas nama anaknya iaitu Ainul’s Popcorn, bagi menambah pendapatan untuk menanggung kos rawatan dan penjagaan serta masa depan Ainul Mardhiah.

Bayi itu yang menghidap kanser ‘Germ Cell Tumor’ tiba di London pada 25 Mei dan menjalani pembedahan selama lima jam di Hospital Great Ormond Street bagi membuang ketumbuhan seberat 200 gram pada 10 Jun.

Pembedahan itu dilakukan oleh sekumpulan doktor pakar pelbagai bidang dengan pelatih pakar bedah Malaysia Dr Nur Amalina Che Bakri bertanggungjawab membawa bayi itu serta ibu bapanya ke London bagi mendapatkan rawatan itu.

Kisah penderitaan Ainul Mardhiah mendapat perhatian umum apabila rakaman video bayi terbabit yang mengalami ketumbuhan pada bahagian mulut, tular di laman sosial media.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut menziarahinya ketika beliau berada di United Kingdom untuk lawatan rasmi selama tiga hari pada Jun lepas.

Sumber : Bernama