Siakap Keli
Kredit: Zach King/Sofyank96

(Video)Bulan Lepas Jumpa Idola, Kali Ini Zach King Pula Buat Video ”Special” Untuk Sofyank96

Minggu lalu merupakan detik terindah hidup Mohamad Sofian atau lebih dikenali sebagai Sofyank96, anak muda tempatan yang giat menghasilkan video trik magik di media sosial.

Setelah kira-kira empat tahun menjadi peminat tegar Vlogger trik magik terkenal antarabangsa, Zach King, Sofian telah berjaya memenuhi salah satu impiannya di dalam bucket list – bertemu idolanya.

Saat pertemuan mereka di Indonesia menjadi inspirasi bagi orang ramai yang kagum dengan kerja keras Sofian menghasilkan video trik berkualiti sehingga berjaya menarik perhatian Zach King dan membuatnya kagum dengan skil dimiliki anak muda itu.

Dalam video dimuatnaik Sofian pada 28 Julai lalu, Zach menunjukkan kekaguman terhadap anak muda itu dan menyatakan bahawa beliau bersama pasukan produksinya telah menonton kesemua 200 video magik yang dihasilkan Sofian.

Sofian turut dijemput untuk melakukan trik magik bersama Zach di atas pentas ketika program berlangsung. Di samping itu, Zach menyuarakan hasratnya untuk datang ke Malaysia dan berkolaborasi bersama Sofian bagi melakukan trik dan menonjolkan keindahan negara ini.

Anda boleh tonton video tersebut di bawah.

https://www.youtube.com/watch?v=KcSsfSMvX-0&feature=youtu.be

Tidak terhenti setakat pertemuan itu, Zach turut membuat satu video khusus ditujukan kepada Sofian sebagai penghargaan kerana menjadi peminat nombor satunya.

Di dalam video tersebut, beliau turut berkongsi video magik buatan Sofian bersama para peminatnya.

https://www.youtube.com/watch?time_continue=297&v=8UjWkj0Q2Sk

Dalam berjuta-juta peminat dan beratus-ratus pembuat video trik berinspirasikannya, Zach memilih anak muda ini untuk ditemui. Tiada yang lebih indah daripada mendapat penghargaan daripada idola.

Tahniah Sofian! Moga terus menjadi inspirasi anak muda.

Sumber: Zach King, Sofyank96

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.