Siakap Keli
Kredit: Beauty By Earth/DW

KKM Keluar Senarai 7 Produk Kosmetik Tempatan, Import Dikesan Mengandungi Bahan Kimia Beracun

Produk kosmetik yang beracun seringkali menjanjikan kesan yang ketara dalam tempoh yang singkat. Walaupun ianya terbukti dapat membuatkan kulit lebih cerah dengan cepat, ia mempunyai kesan jangka masa panjang ke atas kesihatan pengguna.

Terbaru, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah berkongsi senarai 7 produk kosmetik yang mengandungi kimia beracun yang dikesan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

Produk-produk tersebut ialah;

Menurut Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, sejurus pengesanan bahan kimia terlarang di dalam produk terlibat, notifikasi produk berkenaan telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM. Berikutan itu, produk-produk itu dilarang sama sekali dijual di Malaysia.

Perihal Bahan Beracun Berjadual

“Merkuri dilarang di dalam produk kosmetik kerana boleh memudaratkan kesihatan. Merkuri boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, merkuri juga boleh menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau bayi di dalam kandungan. Ia boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.

Peringatan Kepada Penjual dan Pengedar Produk Kosmetik Ini

“Penjual dan pengedar produk-produk kosmetik ini perlu menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik tersebut dengan serta-merta. Penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Individu yang melanggar Peraturan-Peraturan tersebut boleh dikenakan denda seperti berikut;

Kesalahan pertama: Denda tidak melebihi RM 25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali

Kesalahan berikutnya: Denda tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali

“Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.

Peringatan Kepada Orang Awam

Jika anda menggunakan produk terlibat, anda dinasihatkan agar menghentikan penggunaan dengan kadar segera dan mendapatkan nasihat dari profesional kesihatan jika mengalami sebarang kesan sampingan.

Anda digalakkan untuk menyemak status produk kosmetik dan ubatan di laman sesawang rasmi NPRA sebelum melakukan pembelian.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.