Siakap Keli

Terpisah 15 Tahun, Tak Sampai 11 Jam Kuasa Viral Twitter Temukan Adik-Beradik Ini

Air yang dicincang tidak akan putus. Begitulah jua hubungan adik beradik yang tak akan terputus sehingga ke akhir hayat. Biar lama terpisah, jika sudah tertulis takdir Tuhan bertemu kembali, pasti akan bersama jua.

Seperti perkongsian oleh seorang gadis di laman sosial Twitter yang menyentuh hati ramai netizen. Pada awalnya, dia mencari kesemua adik beradiknya itu seramai tiga orang dengan menyatakan bahawa mereka telah terpisah sejak dia berusia 8 tahun.

Walau pelbagai usaha telah dijalankan sebelum ini untuk mencari mereka, namun tetap gagal dan menemui jalan buntu.

Kali terakhir jumpa masa umur 8 tahun

Dah cuba cari tak jumpa

Perkara yang tidak disangkakan akhirnya terjadi. Salah seorang adik-beradik gadis tersebut muncul dan bertanya adakah dia kakak yang dicari oleh gadis itu selama ini?

Boleh tak saya panggil awak adik? Saya Ellina.

Malah, salah seorang lagi kakak gadis tersebut juga tampil menyatakan bahawa dia pernah mencuba mencari adiknya dengan meminta bantuan netizen di laman sosial Instagram namun tidak ditemui.

Aku pernah post cari adik aku yang hilang

Mak anak-anak mak dah bersatu

Dalam masa 11 jam dah jumpa mereka

Sementara itu rata-rata netizen membanjiri ruangan komen dengan menyifatkan pertemuan adik-beradik itu sebagai sesuatu yang istimewa dan menyentuh perasaaan. Sebak dan terharu.

Menangis baca

Sebak menitik air mata

Terharu dan meremang

Sumber : Twitter Elyna

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra