Siakap Keli
Foto: Jacquemus

Beg Lebih Kecil Dari Tapak Tangan, Tetapi Harganya Boleh Buat Luruh Jantung

Bagi kaum wanita di luar sana, apa yang korang selalu simpan dalam beg tangan korang? Mesti ramai yang akan jawab simpan telefon, alat solek, tisu, powerbank dan sebagainya.

Namun, bayangkan jika korang mempunyai beg tangan yang lebih kecil daripada saiz tapak tangan, apa yang ingin disimpan di dalamnya?

Ya, memang wujud pun beg tangan bersaiz lebih kecil dari tapak tangan. Ia adalah Mini Le Chiquito keluaran jenama Jacquemus.

Dengan harga $258(~RM1080), korang akan dapat sebuah bag tangan dengan saiz sekitar 5.2 sentimeter, lebih kecil berbanding sekeping kad kredit.

Foto: Jacquemus

Walaupun nampak mengarut, bag tangan ini dikatakan mendapat permintaan yang tinggi daripada pembeli.

Bag tangan kecil ini mula mendapat perhatian selepas diperkenalkan semasa minggu fesyen Paris pada Februari lalu.

Jacquemus adalah sebuah jenama yang diasaskan oleh Simon Porte, seorang pemuda yang berasal dari Perancis dan berusia 29 tahun. Beliau memulakan jenama ini semasa usianya 20 tahun iaitu pada tahun 2010.

Sumber: Jacquemus, The Guardian

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.