Siakap Keli

Guna ”Seat Belt Clip” Tipu, Tahu Tak Betapa Ramai Yang Dah Maut Tercampak Keluar Kenderaan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tali pinggang keledar merupakan satu kelengkapan penting yang perlu ada pada setiap kereta. Fungsinya adalah untuk memastikan kedudukan pemandu atau penumpang kekal pada posisi ketika terlibat dalam hentakan yang kuat. Selain itu, tali pinggang keledar juga dilihat dapat mengurangkan risiko kecederaan daripada terhantuk pada stereng ketika kereta merempuh sesuatu pada bahagian depan.

Kebanyakan kereta keluaran terbaru akan memberi amaran kepada pemandu dengan mengeluarkan bunyi bagi menandakan tali pinggang keledar tidak dipasang. Namun begitu, kebanyakan pemandu memilih untuk menggunakan alat yang dikenali sebagai ‘seat belt clip’ supaya bunyi tersebut tidak lagi mengganggu mereka.

Namun, tanpa sedar, perbuatan itu boleh menyebabkan mereka terdedah kepada risiko kecedaraan parah sekiranya berlaku kemalangan.

Menerusi perkongsian oleh seorang seorang Doktor di dalam laman Facebook, penggunaan alat ini telah menyebabkan mangsa kemalangan tercampar keluar kereta.

Saya pernah tegur seorang pemandu, kenapa beliau gunakan “seat belt clip”.

“Senang doktor, takde berbunyi alarm tu. Runsing saya!”

Masa tu, saya baru sahaja pindah ke tempat bertugas yang baru. Takkan baru seminggu jagung, nak terus tunjuk taring kan?

Bagi yang kali pertama dengar tentang “seat belt clip”, ia adalah suatu alat untuk “menipu” penggera tali pinggang keledar dalam kebanyakan kenderaan moden. Klipkan sahaja di ruang klip tali pinggang keledar dan bunyi bingit penggera akan hilang begitu sahaja.

Hebatkan inovasi orang kita? 
Kita berjaya menipu sistem yang dibangunkan orang Barat. Kita berjaya jatuhkan Illuminati, Rockefeller dan Yahudi. Syabas!

Ok, jangan jadi pembaris pergi percaya ayat akhir tu. Itu namanya Sarcasm.

Tuan – tuan, perasan tak sejak kebelakangan ini banyak mangsa kemalangan jalan raya yang maut akibat tercampak dari kenderaan?

Pada tahun 2017, ada satu kes kemalangan maut dimana pemandu tercampak keluar dari kenderaan. Dalam salah satu gambar yang dikongsi, jelas kelihatan “seat belt clip” telah digunakan. Airbag berfungsi dengan baik (deployed) kerana kenderaan “tertipu” menyangka pemandu telah memakai tali pinggang keledar. Malangnya klip dan airbag tidak mampu menyelamatkan mangsa dari tercampak keluar.

Syarikat Volvo yang mencipta tali pinggang keledar 3 point (3 point seatbelt) tidak mahu meletakkan patent ke atas ciptaan mereka kerana mahukan ciptaan mereka menyelamatkan sebanyak nyawa yang mungkin. Ia ciptaan yang “low tech, high impact”. Orang putih cakap “It’s simple Physics”.

Tapi di Malaysia, tak ramai yang mampu fahami “simple physics”, malah “simple logic” pun susah. Sistem yang dibina untuk selamatkan nyawa, dianggap menyusahkan.

Dah beli kenderaan berharga puluhan ribu Ringgit dengan berbagai sistem keselamatan pasif dan aktif, ditambah pula aksesori berharga hingga RM 20 untuk “tipu” sistem yang ada.

Saya mohon rakan – rakan hentikan “menipu” sistem keselamatan kenderaan. Hentikan buat perkara tak berguna macam ni.

“Aah, aku drive elok – elok. 20 tahun bawak kereta takde masalah punya. Takdenye nak accident.”

Ya, setiap kemalangan jalan raya yang berlaku semuanya berlaku tanpa disangka. Nama pun “accident”. Tapi, kita mesti la berikhtiar. Kena la usahakan supaya jika berlakunya kemalangan jalan raya, kita tidak tercampak keluar dari kenderaan.

Selamatkan nyawa. 
Pakai tali pinggang keledar. 
Buckle up.

Dr Ahmad Firdaus Bin Mohd Haris 
Medical Mythbusters Malaysia

Sumber: Ahmad Firdaus

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra