Siakap Keli

Hidup Berdua Mati Bersama, Viral Kisah Suami Isteri Meninggal Pada Hari Yang Sama

Sering kali kita dengar ungkapan “sehidup semati” diluahkan oleh pasangan yang sedang hangat bercinta, namun tidak semua pasangan berpeluang ‘melakukannya’.

Ianya mungkin biasa kita dengar apabila satu-satu pasangan meninggal dunia akibat kemalangan dan sebagainya.

Akan tetapi, tidak bagi satu pasangan suami isteri yang berasal dari Kabupaten Jeneponto, Sulawesi Selatan apabila meninggal dunia selang beberapa jam ini.

Kedua-duanya meninggal dunia akibat sakit tua di mana isteri, Maimunnah Yunus meninggal dunia pada jam 1.30 petang, 4 Ogos lalu manakala suaminya, Batry Selkam meninggal dunia selang 12 jam kemudian.

Foto: Facebook

Kisah menyentuh hati ini telah dicerita oleh akaun Facebook, Bidan WhanyRanny semalam sebelum ia menjadi tular sehingga turut dikongsi oleh akhbar Tribunnews di sana.

Jenayah pasangan ini akan dikebumikan bersama di Tanah Pengebumian Cakalang 6 Tinumbu.

Sumber: Tribunnews

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.