Siakap Keli
Gambar Hiasan

7 Petua Mudah Lembutkan Daging Merah Sebelum Dimasak

Daging adalah salah satu bahan mentah yang banyak digunakan dalam masyarakat kita. Kerana sifatny yang mudah dikendalikan selain versatil, daging boleh diolah menjadi menu apa pun, yang pastinya sentiasa kena dengan tekak.

Begitupun, tidak dapat dinafikan ada kalanya tukang masak terutama ibu-ibu berhadapan dengan kesulitan untuk melembutkan isi daging sebelum dimasak dengan masakan tertentu.

Usah khuatir, apa kata anda ikut sahaja tips yang dikongsikan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang di bawah. Semoga bermanfaat.

Raya Haji dah nak dekat ni, orang kata, just around the corner. Mesti ramai-ramai pakat nak masak kari daging lah, masak lomak lah, rendang daging lah.

Masak sedap-sedap pun tapi kalau daging liat tak menjadi juga. Kasihan kat tetamu yang datang, lenguh nak mengunyah.

Korang tau tak ada 7 cara untuk lembutkan daging?

1. Masukkan sudu besi

Walaupun macam pelik, tapi sebenarnya sudu dapat meningkatkan suhu dalam periuk. Secara tak langsung, daging pun dimasak dengan suhu yang mencukupi. Pastikan sudu bersih dan tak berkarat. Daging tak liat, perut tak sakit.

2. Betik muda

Potong buah betik muda sederhana kecil dan rebus bersama daging. Kalau tak ada buah betik muda, boleh gunakan batang betik. Korang tau tak, buah betik ada enzim yang boleh melembutkan daging!

3. Cuka

Gunakan sedikit cuka makan ke dalam rebusan atau perap bersama daging beberapa jam sebelum dimasak. Sumber asid dikatakan dapat melembutkan struktur daging dengan cepat. Tapi sebelum tu, Korang kenalah pastikan daging dinyahbeku dengan betul.

4. Baking soda

Selain itu, korang juga boleh menggunakan baking soda untuk melembutkan daging dengan cepat. Caranya, perapkan daging dengan baking soda selama sekurang-kurangnya 15 minit. Kemudian, bilas bersih-bersih sebelum dimasak. Pastikan baking soda tak expired.

5. Cara memotong

Pastikan potong daging berlawanan dengan urat daging tu. Bila masak pula, pastikan periuk ditutup. Barulah daging akan cepat lembut. Tapi jangan pula Korang gunakan papan pemotong daging tadi untuk potong sayur pulak. Tak pasal-pasal sakit perut.

6. Kurma

Buah kurma atau bijinya adalah antara bahan yang boleh melembutkan daging. Letakkan 4-5 biji buah kurma ke dalam daging yang sedang dimasak dan daging akan melembut dengan cepat. Ia juga akan menjadi pemanis semulajadi yang enak apabila dimasak.

7. Pressure cooker

Akhir sekali, zaman kan dah moden. Apa susah-susah, guna je pressure cooker nak lembutkan daging.

Selamat mencuba!

Sumber: Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.