Siakap Keli
Suara Dalam Video
Gambar Hiasan

Kenapa Suara Kita Dalam Video Seperti Suara Orang Lain?

Kenapa Suara Kita Dalam Video Seperti Suara Orang Lain?

Pernah tak alami situasi ini? Anda rasa seperti miliki suara yang lunak dan sedap didengar sewaktu menyanyi atau bercakap tapi bila dengar kembali dalam rakaman, suara anda berubah, tak sama macam yang anda sangkakan.

Malah, tak dapat dinafikan ada di kalangan anda yang tak suka mendengar suara sendiri ketika berbicara di telefon atau saat terakam dalam video, kan? Rasa malu bila dengar suara sendiri! Lalu, mula timbul persoalan, kenapa keadaan ini terjadi.

Gambar Hiasan

Sebenarnya, apa yang membuatkan rakaman suara dan suara anda asal begitu berbeza adalah kerana anda mendengar suara anda sendiri dalam dua cara yang berlainan.

Cara yang pertama adalah ketika gelombang bunyi bergetar memukul gegendang telinga anda. Semasa bercakap, anda akan terdengar bunyi-bunyi yang keluar dari mulut.

Dan dalam masa yang sama, anda akan turut merasai getaran terhasil oleh pita suara yang bergerak melalui kepala anda. Malah tulang dalam tubuh badan kita sebenarnya turut mempengaruhi. Tulang akan menghasilkan getaran berfrekuensi rendah dan mengakibatkan suara kita terdengar lebih rendah berbanding suara asal.

Ketika ini, mungkin ada di antara anda yang terfikir:

“Oh, inilah suara asal aku.”

Namun, mungkin ramai yang masih belum tahu bagaimana untuk dengar suara sebenar anda.

Caranya, rakam atau tutup telinga kiri kemudian cuma keluarkan suara atau bercakap. Mungkin suara yang bakal akan kedengaran lucu atau pelik, Tapi inilah suara sebenar anda!

Suara itu jugalah yang didengari oleh orang lain ketika anda bercakap.

Sumber: BBC  , Brightside & Scientific American 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)