Siakap Keli
Foto: Instagram

Muat Naik Gambar Tidak Senonoh, Ferrari Beri Amaran Pada Pelanggannya

Apabila bercakap mengenai kereta berjenama Ferrari, sudah tentu kita membayang pemiliknya merupakan seorang usahawan berjaya, bintang sukan atau selebriti antarabangsa dan sebagainya.

Begitu juga dengan pemilik dua buah kereta mewah Ferrari yang menjadi tumpuan peminat jenama terkenal itu ketika ini. Beliau adalah merupakan seorang pereka fesyen dari Jerman.

Beliau yang hanya dikenali sebagai Plein menjadi bualan pada minggu ini selepas memuatnaik satu kiriman mengenai ‘surat cinta’ dari Ferrari baru-baru ini.

Foto: Instagram

Plein telah menerima surat amaran daripada syarikat dari Itali itu selepas beliau memuatnaik dua keping gambar yang didakwa boleh mencalarkan imej Ferrari di Instagram-nya.

Foto: Instagram
Foto: Instagram

Imej yang dimaksudkan ialah satu video yang memaparkan sepasang kasut yang diletakkan di atas kereta Ferrari berwarna hijau serta sekeping lagi foto seksi dua orang wanita di atas kereta yang sama.

Akibat daripada itu, Ferrari telah mengirimkan surat amaran kepadanya dan memintanya untuk memadamkan kiriman-kiriman berkenaan dalam tempoh 48 jam atau mungkin berdepan tindakan undang-undang.

Beliau tidak berpuas hati dengan amaran yang diberikan kepadanya kerana mendakwa ia adalah hak peribadi seseorang untuk melakukan apa-apa dengan barangan yang dimilikinya dan Ferrari tidak berhak ‘mengawal’ apa yang dikirimkan pelanggan di akaun media sosial mereka.

Tempoh 48 jam yang diberikan sudah berakhir dan menurut tinjauan kami, imej dan video yang terlibat masih lagi belum dipadamkan.

Namun, tiada sebarang perkembangan terbaru mengenai tindakan Ferrari terhadap pereka fesyen ini yang berjaya kami perolehi setakat ini.

Sumber: Inc.

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.