Siakap Keli
fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA

120 Jam Berlalu, Lokasi Nora Anne Kekal Jadi Tanda Tanya

Hari ini, sudah masuk hari keenam kehilangan Nora Anne Quoirin, remaja perempuan warga Ireland yang berusia 15 tahun. Dia disedari hilang oleh keluarganya sejak jam 8 pagi pada Ahad lalu.

Nora Anne dan keluarganya ketika itu sedang bercuti di negara ini dan menginap di resort The Dusun, Pantai, Negeri Sembilan selama dua minggu.

Pemandangan sekitar kawasan kejadian dari udara – fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA

Memasuki hari keenam pencarian, usaha pasukan penyelamat berkemungkinan akan mengalami sedikit kesukaran akibat daripada perubahan cuaca yang dialami di kawasan sekitar sejak beberapa hari lepas.

Menurut tinjauan Bernama, kawasan pencarian bercuaca mendung dan diselubungi kabus tebal pada pagi tadi. Pergerakan kenderaan yang masuk ke kawasan tersebut juga berdepan halangan kecil akibat pokok tumbang, namun ia telah dialihkan oleh penduduk.

Sehingga semalam, seramai 252 orang anggota keselamatan terdiri daripada pelbagai agensi keselamatan termasuk polis, Pasukan Gerakan Am(PGA) Batalion 4 Semenyih, PGA Batalion 3 unit Senoi Praaq, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Jabatan Perhutanan negeri.

Antara anggota yang terlibat dalam SAR mencari Nora Anne. – fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA

Pasukan keselamatan terlibat juga dilihat mula bergerak masuk ke lokasi kejadian sejak awal pagi tadi.

Nora Anne, yang mempunyai masalah pembelajaran tiba bersama keluarganya dari London pada Sabtu lalu sebelum disedari hilang keesokan harinya.

Semoga usaha pencarian mangsa dipermudahkan dan mangsa dapat ditemui secepatnya.

Sumber: Bernama

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.