Siakap Keli
Kredit: Smart Alternative Fuel/ Cyber-RT

Jangan Buang, Minyak Masak Terpakai Boleh Dijual Kepada Alam Flora, Ini Caranya

Setiap sisa buangan memerlukan cara pengurusan yang betul bergantung kepada jenisnya. Sekiranya kita tersilap cara melupuskan bahan buangan tersebut, kita mungkin menyebabkan masalah lain tanpa sedar.

Sebagai contoh, pembuangan minyak masak ke dalam sinki lama-kelamaan akan menyebabkan sinki tersumbat. Akibatnya, melayang duit anda beratus-ratus ringgit terpaksa memanggil tukang paip untuk membersihkan saliran.

Bukan itu sahaja, menurut Alam Flora, amalan itu juga akan menyebabkan pembiakan bakteria anaerobik yang mewujudkan bau busuk ketika cuaca panas atau kering.

Tambahan, jika ia dibuang ke dalam saliran awam, hal ini boleh menyebabkan longkang tersumbat seterusnya menyebarkan bau busuk di kawasan kejiranan.

Justeru, sebagai pengguna yang bijak, anda boleh menukar bahan buangan itu kepada wang. Bagaimana?

Jom baca caranya di bawah;

1. Kumpul minyak masak terpakai dalam botol.

Untuk memudahkan kerja anda, kumpulkan minyak dalam botol besar, misalnya botol minyak masak 5 kg yang terpakai.

2. Hantarkan minyak tersebut ke pusat beli semula seperti jadual di bawah.

Namun, jika anda berada jauh dari kawasan tersenarai dan memiliki isipadu minyak terpakai yang tinggi, anda boleh hubungi anak syarikat Alam Flora, dhes jika ingin mengitar semula.

3. Labelkan samada minyak masak itu digunakan untuk makanan halal atau tidak halal.

Harga minyak masak terpakai tersebut bergantung kepada harga semasa.

Moga usaha ini dapat dikembangkan ke negeri-negeri lain juga.

Biarpun masih pada peringkat permulaan dan belum dikembangkan ke kawasan-kawasan lain secara lebih menyeluruh, usaha ini memberi keuntungan kepada banyak pihak.

Dengan mengitar semula, anda boleh mendapat pulangan wang tunai atau mata ganjaran kad Mesra Petronas di samping menjaga alam sekitar. Jimat lagi duit upah untuk membersihkan saluran yang tersumbat.

Selain itu, anda juga boleh gunakan minyak masak terpakai itu untuk membuat sabun. Menarik kan? Boleh tonton caranya di bawah.

Antara bahan lain yang boleh dikitar semula. (Gambar: Alam Flora)

Sumber: Alam Flora,Joo Soap

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.