Siakap Keli
Foto: @fatinnurafiqahh

”Result” Selalu ”Straight-A”, Penerima ‘Anugerah Pelajaran Diraja’ Ini Kongsi Rahsia Kecemerlangan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sebarang kejayaan yang ada pada seseorang individu ini bukanlah dikecapi dengan mudah. Tanya sahaja mana-mana individu atau pelajar cemerlang di luar sana, pasti ada rahsia di sebalik kecemerlangan yang diperolehi.

Begitu juga dengan Fatin Nur Afiqah binti Suris yang baru sahaja diumumkan sebagai penerima Anugerah Pelajaran Diraja(Pingat Jaya Cemerlang) UiTM bagi tahun 2019 ini.

Tidak kedekut atau lokek dengan kejayaan yang diperolehinya, Fatin telah berkongsikan sedikit tips melalui akaun Twitter-nya bagaimana beliau berjaya mencatatkan keputusan cemerlang dalam setiap ujian atau peperiksaan yang dihadapinya sejak SPM lagi.

“Saya rasa sudah tiba masanya saya kongsikan bagaimana saya berjaya peroleh semua ini. Perlu ke saya? Sekali lagi ditegaskan, gred yang baik bukan segalanya tapi ia membantu semasa memohon kerja atau ingin menyambung pengajian. Betul kan?”

Memulakan bebenang dengan berkongsikan sedikit kejayaan yang telah diperolehinya sebelum ini, Fatin terus memberikan tips dalam kicauannya yang berikutnya.

Tanya diri masing-masing, “Sebenarnya, apa aku nak dalam hidup aku ni?”. Abaikan apa yang orang nak kata dan usaha 200% untuk capai apa yang dimahukan.

Foto: @fatinnurafiqahh

Jaga hubungan dengan Allah, jaga hubungan dengan manusia

Foto: @fatinnurafiqahh

Fokus dalam kelas dan jangan fahamkan semuanya ‘last minute’

Foto: @fatinnurafiqahh

Belajar uruskan masa dengan baik, sentiasa bersedia untuk sedia ujian atau peperiksaan dan jangan ambil mudah tentang ‘carry marks’

Foto: @fatinnurafiqahh

Buat ‘checklists’ untuk semua subjek dan fahamkan semuanya sebelum menduduki peperiksaan semester

Foto: @fatinnurafiqahh

Buat semula latihan dan jawab semula soalan ujian, kuiz untuk ‘refresh’ otak, berehat secukupnya dan jaga diri sebaiknya 

Foto: @fatinnurafiqahh

Diakhir kirimannya itu, gadis pintar ini juga mengambil kesempatan untuk mendoakan kejayaan orang lain serta memberi sedikit peringatan untuk tidak lupa diri dan sentiasa membantu orang lain.

Beliau turut menegaskan bahawa cara belajar setiap individu adalah berlainan dan mereka perlu terus melakukannya mengikut keselesaan masing-masing.

Foto: @fatinnurafiqahh

Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi sedikit manfaat terutamanya kepada para pelajar dan penuntut institusi pengajian tinggi di luar sana.

Sumber: Twitter @fatinnurafiqahh

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.