Siakap Keli

Ngeri, Tiub Besi Tercucuk Dalam Gusi Kanak-Kanak 3 Tahun

Malang tidak berbau. Begitulah nasib malang yang menimpa seorang kanak-kanak berusia tiga tahun apabila gusinya tertusuk satu tiub besi.

Kejadian ngeri itu belaku ketika mangsa, Xiao Ming, berada di kediamannya di China.

Bapa mangsa yang mendengar jeritan kanak-kanak itu terkejut melihat paip tersebut berada di dalam mulut anaknya dalam keadaan mengerikan.

Mangsa segera dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebelum dibedah oleh pakar perubatan.

Mujurlah, tiub besi tersebut tidak mengenai tengkorak dan otaknya.

”Saya tak tahu di mana dia jumpa tiub besi itu yang panjangnya kira-kira 10 sentimeter.

”Sewaktu saya berlari ke arah anak saya, saya melihat besi itu berada di dalam mulutnya dengan penuh darah,” kata bapanya.

Mangsa kini berada dalam keadaan stabil dan dirawat di Hospital Rakyat Hezhou.

Sumber : Daily Star

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.