Siakap Keli
Gambar: Ayee

“Thanos Dah 4 Kali Beli Ayam Gunting Ni,” Suntingan Mantap, Cara Lelaki Ini Bantu Bisnes Sahabatnya Memang Unik

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sahabat yang terbaik ialah mereka yang sentiasa di sisi kita ketika sedang menapak dalam kehidupan.

Biasanya, kita dinasihati untuk membantu rakan yang memulakan perniagaan dengan membeli barang jualannya dan menghindari sikap meminta-minta diskaun kerana ia boleh membebankan mereka.

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter, Ayee berkongsi paparan skrin menunjukkan persahabatan dua pemuda yang merupakan rakannya.

Dalam paparan skrin tersebut, pemuda yang enggan dikenali itu memuat naik gambar hasil suntingannya yang menarik perhatian warga maya sehingga mendapat 4.4 ribu tanda suka dan lebih 6 ribu ulang kicau.

Pemuda itu memasukkan watak-watak filem terkenal seolah-olah mereka mengunjungi gerai ayam gunting milik rakannya itu antaranya Thanos, Optimus, Godzilla, Hobbs dan Shaww.

Menurutnya, gerai tersebut terletak di Pantai Teluk Ketapang, Kuala Terengganu.

Jom, tengok gambar suntingannya di bawah.

Jaga-jaga, panas dapur tu bang.
Sate ayam satu, taknak pedas.
Stresnya, ayam dah habis. -Godzilla

Bagus betul persahabatan mereka berdua. Semoga murah rezeki kedua-duanya dengan kesihatan, kebahagiaan serta kekayaan dunia dan akhirat. Aamiinn.

Sumber: Ayee

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.