Siakap Keli
Foto: Facebook

(Video) Asap Tebal Berkepul-Kepul Naik, Tular Rakaman Api Marak Kereta Terbakar Di Stesen Minyak

Satu video yang memaparkan sebuah kereta terbakar di sebuah stesen minyak Shell telah tular di media sosial baru-baru ini.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di Stesen Minyak Shell Jalan Pasir Pelangi, Taman Iskandar, Johor Bahru pada sekitar jam 12 tengahari tadi.

Melihat kepada video berkenaan, api dilihat sedang marak dan kepulan asap hitam tebal mula memenuhi bahagian bumbung stesen minyak berkenaan.

Menurut perkembangan terbaru dari laman FB Komuniti JOHOR DT pula, kebakaran itu telah berjaya dipadamkan.

Bagaimanapun, tiada maklumat mengenai sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa yang berlaku setakat ini dan status pemilik serta jenis kenderaan tersebut juga masih belum diketahui.

Sumber: FB Info Roadblock JPJ/POLIS, Komuniti JOHOR DT

Follow Siakap Keli Di Instagram

Lihat siaran ini di Instagram

Innovasi yang hebat..

Siaran dikongsi oleh Siakap Keli (@siakapkeli) pada

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: