Siakap Keli
Kredit: CNN/Independent.co.uk

Lagi Serangan Terhadap Masjid, Jemaah Cedera Jadi Mangsa Tembakan Rambang Sehari Sebelum Aidiladha

Oslo, Norway, 11 Ogos- Seorang warga emas berusia 75 tahun cedera dalam satu kejadian tembakan rambang di Masjid Al-Noor pada jam 4 petang waktu tempatan, semalam.

Jawatankuasa masjid berkenaan, Imran Mushtaq memberitahu media tempatan, jemaah masjid tersebut berjaya menumpaskan suspek yang memakai uniform dan helmet.

“Lelaki itu membawa dua laras senjata api. Dia memecahkan pintu kaca dan menembak bertubi-tubi,” kata Mushtaq.

Katanya, situasi mungkin menjadi lebih teruk, tetapi serangan berjaya dipatahkan oleh lelaki berusia 75 tahun itu.

“Sepuluh minit sebelum tembakan berlaku, masjid dipenuhi jemaah namun ketika kejadian, kebanyakan jemaah telah pulang dan hanya tiga orang yang tinggal di dalam,” kata Mushtaq.

Beberapa senjata dipercayai milik suspek ditemui di dalam masjid berkenaan. Polis sedang menyiasat sama ada terdapat ancaman terhadap masjid lain dan kawalan keselamatan dipertingkatkan.

Sementara itu, menurut laporan CNN, suspek bakal didakwa atas tuduhan membunuh berikutan penemuan mayat seorang wanita yang dipercayai mempunyai kaitan dengan suspek di rumahnya.

Sumber: Independent.co.uk, CNN

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.